Arja Lee Menghitung Hari Lancarkan Single Pertama
Dalam pada sibuk menjalani penggambaran drama mahupun telemovie untuk beberapa stesen TV tempatan, pelakon kacak Arja Lee nampaknya tidak sabar untuk kelahiran single pertamanya tidak lama lagi.
Menggunakan judul Cerita Pada Mereka , Arja Lee berkata single sulungnya itu merupakan bukti bahawa minatnya bukan sahaja cenderung dalam bidang lakonan tetapi sebenarnya bermula sebagai seorang penyanyi.
“Tak ramai orang yang tahu bahawa saya bermula sebagai seorang penyanyi. Saya telah menyanyi sejak dari kecil lagi dan sehingga kini masih terus minat menyanyi.
“Jika ada kelapangan, saya selalu membuat persembahan untuk majlis makan malam mahupun acara korporat, tetapi tidak sebagai seorang penyanyi komersial.
“Lagu Cerita Pada Mereka inipun telah disimpan oleh komposer lagu ini selama dua tahun dan baru sekarang saya berpeluang merakamkannya dan melancarkannya tidak lama lagi.
“Saya percaya, ianya merupakan sebuah lagu yang cukup sempurna buat saya dan harapan saya supaya peminat dapat menerima saya sebagai seorang penyanyi pula.
“Cukup istimewa kerana saya menggunakan duit poket saya sendiri dan rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk saya melancarkannya,” katanya yang masih mencari tarikh sesuai untuk melancarkan lagu sulungnya itu.
Arja Lee berkata, Cerita Pada Mereka merupakan ciptaan rakan baiknya yang juga merupakan graduan dari Aswara, Keroz Nazri dan dia percaya lagu pop balada berkenaan dapat memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi berbakat besar.
Sedang sibuk melangsaikan proses rakaman terakhir untuk lagu berkenaan, Arja Lee berkata, dia bersama pasukannya sedang bersiap sedia menyudahkan muka hadapan (cover) untuk single berkenaan.
Katanya, sebuah sesi fotografi bakal diadakan pada hujung minggu ini yang akan mendapat kerjasama daripada pereka fesyen, jurusolek dan jurufoto profesional bagi merealisasikan wajah muka hadapan khusus untuk single berkenaan.
“Cerita Pada Mereka merupakan lagu pop balada yang mengisahkan pasangan bercinta yang putus ditengah jalan.
“Walaupun cinta mereka tidak kesampaian, adalah lebih baik untuk meninggalkan semua memori manis itu di dalam ingatan dan mengingati semua perkara yang baik bersama. Buang yang pahit dan ambil yang manis.
“Konsep yang akan saya ketengahkan untuk imej kulit album lagu ini nanti sangat ringkas di mana permainan warna putih, hitam dan kelabu menjadi pilihan saya kerana bagi saya ianya cukup eksklusif, moden lagi tersendiri,”katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.