Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!

Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!

Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!

Sudah menjadi lumrah sebagai anak seni yang menjual hasil karyadan bakat tersendiri tidak boleh lari daripada kritikan yang merupakan sebahagian daripada elemen yang perlu bagi pasca penerbitan terutamanya dalam bidang pementasan seperti teater khususnya.

Kejayaan yang diraih oleh Bahayanya Wanita, sebuah pementasan yang diterbitkan oleh Frensis Production dengan teraju utamanya Erma Fatima sebagai penulis skrip dan pemain utama serta merangkap pengarah dan penerbit juga disamping Erra Fazira, Umie Aida, Nora Danish, Johan As`ari baru-baru ini tidak lepas menerima kritikan walaupun sambutan hangat diberikan penonton yang hadir.

Sebagai teraju utama pementasan yang menampilkan elemen komedi pertama olahan daripada sutradara Erma Fatima itu, dia juga lincah menghidupkan watak Suti Lambung yang akhirnya dilihat seakan mahu memonopoli keseluruhan pentas di Panggung Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

“Saya boleh jelaskan disini bahawa saya antara individu yang berhak ke atas keseluruhan pementasan ini. Jangan salah faham, maksudnya saya juga sebahagian daripadda penerbit dan pengarah Bahayanya Wanita dan skrip ditulis oleh saya. Jadi suka hati sayalah nak buat macam mana kerana saya menilai daripada sudut yang berlainan.

“Penerbit mesti mahu keuntungan dan pengarah akan memastikan pelakon dapat menghidupkan skrip yang ditulis dengan jayanya. Isu monopoli pentas adalah sekadar pandangan darisatu sudut kerana teater ini komedi dan sudah tentu watak Suti Lambung jadi perhatian.

“Berbanding yang lain, kerana komedi beberapa adegan yangmelibatkan Erra dan Umie menyanyi harus dipotong kerana overran dan orang akan ingat dengan lagu dangdut dari seberang dendangan Suti,” jawab Erma Fatima ketika dihubungi mengenai isu mengatakan dia jadi gila panggung pada pementasan terbaru hasil nukilannya itu.

Dalam pementasan komedi pertama karya daripada Erma Fatimaini, watak Suti Lambung menjadi tumpuan kerana karektor namun begitu ia tidak menenggelamkan pemain lain yang merupakan nama besar dalam industri hiburan tempatan.

Tambah Erma, komedi adalah karya yang boleh dijual dipasaran kini dan kejayaan dan sambutan yang diraih Bahayanya Wanita merupakan antara yang terbaik pernah dihasilkannya setanding kejayaan Natrah pada suatu ketika dulu.

“Kalau nak cakap pasal pasaran kini, Bahaya Wanita berjaya menarik orang ke panggung Sari dan sambutan yang baik daripada penonton membawa maksud ia boleh diterima dan ada keunikan tersendiri.

“Kejayaan pementasan kali ini mengimbau kenangan ketika sambutan yang memberangsangkan daripada umum apabila Natrah dipentaskan.Bahayanya Wanita antara percubaan yang membawa kepada kejayaan dari setiap sudut.

“Sekarang saya pun dah boleh berehat seketika setelah penat bertungkus lumus sampai penutup malam 31 Disember lalu,” jawab Erma yang memberitahu dia mahu bercuti dan berehat dan ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke Bali, Indonesia.  

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers