Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda

Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda

Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda

Selepas melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya bersama jejaka Perancis, berat badan penyanyi hitam manis Nurul Depp naik mendadak dan membuatkan dia berazam untuk menurunkan berat badan secepat mungkin.

Namun atas disiplin yang jitu dengan mengamalkan pengambilan makanan kesihatan Herbalife dan tidak ketinggalan menjalani senaman fizikal 3kali seminggu, Nurul Depp kini boleh tersenyum bangga kerana berat badannya kini telah berkurangan sebanyak 15 kilogram (kg).

Walaupun begitu, penyanyi Tika Cinta itu masih tidak berpuashati dengan bentuk badannya dan telah menanam impian untuk mencapai berat badan idaman iaitu 58 kg  berbanding berat badannya kini iaitu seberat 62kg.

“Untuk mencapai sasaran itu, bermula hari ini saya akan menjalani sesi latihan menunggang kuda di Selangor Turf Club, Mines sebanyak dua kali dalam seminggu selain latihan fizikal di gimnasium seperti biasa.

“Saya percaya, dengan cara ini berat badan saya akan turun dengan cepat. Malah  ianya juga dapat menguatkan otot badan saya terutama bagi membentuk semula pinggang saya,” kata ibu kepada cahayamata bernama Zachary Depp itu.

Nurul Depp menambah, sudah lebih setahun dia tidak menunggang kuda atau menjalani sebarang aktiviti sukan berkuda dan kini adalah waktu paling tepat untuk dia memulakan semula aktiviti sukan sihat itu.

Jelasnya lagi, walaupun jadual hariannya agak padat dengan pelbagai aktiviti kesihatan, sesi fotografi serta perancangan bagi menyemarakan kehadiran 2014, namun itu tidak bermaksud dia perlu melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

“Tugas saya sebagai isteri dan ibu masih berjalan seperti biasa. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya dan dalam masa yang sama saya perlu terus aktif menyanyi kerana itulah diri dan minat saya.

“Saya masih mencari syarikat rakaman yang sesuai bagi merealisasikan impian saya untuk menghasilkan lagu mahupun album terbaru saya.

“Alhamdulillah baru-baru ini, Shila Amzah telah bersetuj uuntuk memberikan saya satu lagu baru yang ditulis dan digubahnya sendiri. Kita tunggu sajalah hasilnya nanti.

“Saya sangat percaya dengan kewibawaan Shila Amzah sebagai seorang anak muda berbakat besar dan memiliki idea yang cukup segar,” katanya yang tidak sabar untuk mendengar lagu ciptaan penyanyi popular itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers