The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2

The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2

The Glam Girls Muncul Juara Ceria Superstar 2

Satu-satunya kumpulan yang mewakili bahagian utara tanah air, iaitu The Glam Girls telah di nobatkan sebagai juara Ceria Superstar bagi musim ke dua yang berlangsung pada Ahad.

Kumpulan yang berasal dari Kedah ini di barisi oleh lima sahabat iaitu Puteri Nur Aliaa, 11, Emisya Alis Putri, 11, Syarifah Nur Hayati, 10, Nur Afriena Athirah, 11, dan Hazdiba Aziz, 12 telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Menurut Hazdiba, kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar mereka dan sebagai platform untuk memperkembangkan bakat mereka dalam bidang tarian.

“Kami berlima sebenarnya bersahabat di satu sekolah yang sama, dan kami gembira kerana kemenangan ini memberi semangat kepada kami untuk teruskan perjalanan kami dalam bidang tarian.

“Sebelum memasuki pertandingan ini, kami sering memenuhi undangan untuk membuat persembahan di istana.” ujar ketua kumpulan ini.

Selain itu, pemenang tempat kedua, Zeppo Youngsterz Crew telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,00. Peserta kegemaran ramai ini juga telah merangkul anugerah istimewa iaitu Anugerah Kalsium.

Pemenang tempat ketiga, Nation One dan tempat keempat, Warisan N9 masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Ceria Superstar 2 turut di serikan oleh persembahan dari kumpulan Smash dan Stacy yang menyampaikan lagu duet berjudul ‘Hello’ serta Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu ‘Apa Khabar’ dan juga ‘Havoc’.

Peserta telah di adili oleh dua juri tetap iaitu Belalang dan Alam Wakaka serta juri jemputan, Stacy, manakala Aril Pilus yang bertindak sebagai hos rancangan serta pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai penaung.

Program realiti Ceria Superstar 2 telah bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil dan di tayangkan di Astro Ceria (saluran 611).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers