Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Seramai 11 penyanyi popular tanah air bakal memeriahkan perlancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) yang bakal berlangsung dalam sebuah konsert di Dataran Merdeka pada 4 Januari 2014.

Sebelas penyanyi itu termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip, Dato’ Jamal Abdillah, Nash, Najwa Latiff, Azlan & The Type Writer, Khatijah Ibrahim dan ramai lagi.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Rashidi Hasbullah berkata, artis-artis itu dipilih kerana yakin dapat menarik lebih ramai peminat muzik tempatan dan luar untuk bersama-sama mempromosi kempen TMM 2014.

“Penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam itu semuanya terdiri artis popular tempatan dari semua golongan. Maknanya kami tampilkan artis-artis dari era 70-an hinggalah yang terkini untuk hiburkan pengunjung nanti.

“Malah, kita sedia maklum bahawa golongan artis memainkan peranan besar dan mampu menarik perhatian dalam membantu menaikkan industri pelancongan di negara ini.

"Atas sebab itu juga pihak kementerian telah menyusun pelbagai aktiviti melibatkan artis-artis popular dalam program sepanjang tahun hadapan,” katanya dalam sebuah sidang media yang diadakan di Banggunan Sultan Abdul Samad, semalam.

Menurut Rashidi, barisan artis berkenaan bakal membuat persembahan lagu-lagu pelancongan dan popular mereka pada acara yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada malam itu, tun;uan persembahan artis-artis ini haruslah bertemakan pelancangan dan kebudayaan Malaysia. Jadi penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza akan menyampaikan lagu Cuti-Cuti Malaysia dan Malaysia Truly Asia.

“Selain itu, lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 yang digubah oleh seorang penuntut Universiti Lim Kok Wing akan diperdengarkan pada malam itu dengan persembahan koir,” jelasnya lagi.

Pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada hari tersebut bermula jam 5 petang, namun pelancaran secara rasmi akan bermula pada jam 8 malam. Pelancaran tersebut terbuka kepada orang awam yang dialu-alukan bagi mempromosikan TMM 2014.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers