Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy

Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy

Sm*sh Gementar Menari Bersama Stacy

Kumpulan SM*SH yang dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Rafael, Rangga, Bisma, Dicky Reza dan Ilham telah hadir ke Malaysia baru-baru ini untuk menjayakan Showcase Smash dan Stacy di Auditorium Bently Music, Damansara.

Menurut Rafael, ini merupakan kali kedua mereka hadir ke Malaysia dan gembira kerana di beri peluang untuk mengadakan showcase bersama penyanyi, Stacy.

“Kami gembira dan berterima kasih kerana di beri peluang untuk membuat persembahan bersama Stacy.

“Ini juga merupakan kali kedua kami di sini dan sambutan peminat Malaysia terhadap kami sangat mengejutkan, kami tidak sangka begitu ramai yang menyokong kami dan menghadari showcase kami.” ujarnya ketika di temui pada majlis pelancaran album kedua mereka iaitu ‘Step Forward’.

Selain itu, kumpulan popular dari Indonesia itu juga mengakui gementar untuk menari bersama Stacy.

“Siapa yang tidak kenal Stacy, kami cukup kagum dengan stamina dan tariannya yang bertenaga, kami akui memang tidak sabar untuk berada satu pentas dengannya tetapi dalam masa yang sama kami juga gementar.

“Gementar kerana kami risau jika kami tidak dapat mencipta sesuatu yang hebat sebagaimana Stacy, tapi syukurlah semuanya berjaya dan Stacy juga sangat ‘sporting’, kami selesa bersama dengannya.

“Dapat berkolaborasi bersama Stacy memang kami rasa sangat bertuah…Bagi kami ini juga merupakan peluang untuk kami lebih di kenali di Malaysia.

“Lagu kami dan Stacy berjudul ‘Hello’ juga sudah banyak menduduki carta-carta radio dan menjadi siulan ramai... kami harap dapat bekerjasama dengan Stacy lagi.” ujar Bisma yang merupakan salah seorang ahli kumpulan itu.

Smash juga turut menyatakan hasrat hati untuk berkolaborasi bersama penyanyi hiphop terkenal negara, Joe Flizzow.

“Kami juga berharap pada masa akan datang kami dapat bekerjasama dengan Joe Flizzow… kami amat meminati karya-karya beliau.” ujar Bisma mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, SM*SH bakal melancarkan album ‘Step Forward’ di Indonesia pada awal Januari 2014 dan bakal muncul dengan sebuah filem.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers