Majalah Islam - Pendekatan orang muda

Majalah Islam - Pendekatan orang muda

Majalah Islam - Pendekatan orang muda


SELAMA tiga tahun bersiaran, Majalah Islam musim baharu yang kini sudah memasuki musim kesembilan muncul dengan pengisian yang lebih segar, padat dan penuh berinformasi sejak Awal Muharram lalu. Disiarkan menerusi saluran TV AL Hijrah (saluran 114), Majalah Islam masih lagi bersiaran selama sejam pada setiap Rabu, jam 10 malam.

“Kali ini, penerbit (Fitri Musa) mahukan sesuatu yang berlainan. Pendekatannya adalah lebih kepada orang muda.

“Saya berkemungkinan dipilih untuk menjadi pengacara bagi musim ini adalah kerana kejayaan saya dalam membawa karakter  Lan & Li.

“Ia seterusnya membuatkan mereka melihat kebolehan saya dan cuba untuk menggilap lagi bakat saya itu,” katanya.

Malah, katanya, dia berani untuk menerima tawaran itu setelah penerbit menjelaskan hala tuju sebenar program itu.

“Ia akan bersifat lebih santai dengan wajah baharu yang diperkenalkan.

“Ia  sekali gus membuatkan saya berani untuk menggalas tanggungjawab itu,” katanya.

Bagaimanapun, dalam masa sama,  dia mengakui agak teruja mengemudikan sesuatu rancangan baharu yang bersifat lebih berat.

“Kupasan dalam Majalah Islam adalah berdasarkan pemerhatian daripada seorang wartawan penyiaran tetapi ia diterjemahkan melalui perspektif seorang pengacara.

“Pengalaman saya yang bermula dari bawah iaitu sebagai seorang wartawan membuatkan saya bersedia untuk menggalas isu-isu berat itu,” katanya.

Majalah Islam - Pendekatan orang muda

Lebih mudah, santai

Walaupun baharu saja bergelar pengacara, namun Fazlan tidak merasakan ia adalah satu bidang yang sukar buat dirinya.

Malah, program ini juga memerlukan pengalamannya sebagai wartawan penyiaran kerana untuk isu-isu tertentu dia sendiri akan turut ke lapangan.

“Selain menjadi pengacara, saya juga akan bertindak sebagai wartawan penyiaran dalam program ini.

“Saya masih lagi menjadi wartawan kerana ia  memudahkan saya untuk membuat kupasan berkenaan satu-satu topi yang dibawa.

“Ini akan  membuatkan saya lebih faham dengan topik yang saya bawa,” katanya.

Menurutnya, dia bukanlah pengacara yang hanya mendapat skrip dan menyampaikannya semata-mata sebaliknya dia juga akan mengkaji topik tersebut.

“Apabila saya sudah faham dengan topik itu, barulah saya boleh sampaikannya dalam cara yang mudah dan santai agar penonton mudah faham,” jelasnya.

Walaupun mengakui  sedikit gemuruh, namun Fazlan berkata, dia cuba mengatasinya.

“Gemuruh itu tetap ada. Lagi-lagi ini adalah benda yang  baru. Sesiapa pun jika buat benda baharu pasti akan rasa gemuruh.

“Walaupun ini adalah penampilan pertama saya yang lebih bersifat serius, namun saya akan mencubanya dengan sebaik mungkin.

“Fokus saya kini adalah untuk menarik perhatian orang muda agar lebih berminat untuk menonton rancangan ini,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang Majalah Islam, Fazlan memberitahu bahawa program ini adalah sesuatu yang bagus dan sangat berinformasi.

“Saya bercakap bukan kerana saya bekerja untuknya. Tetapi saya bercakap dari pandangan seorang penonton.

“Majalah Islam cuba untuk memupuk rasa kesedaran dalam hati setiap penonton kerana itu adalah matlamat program ini supaya sedar dengan tanggungjawab masing-masing,” katanya yang juga bertindak sebagai Penolong Penerbit bagi program Assalamualaikum.

Tambahnya lagi, dia akan berusaha membawa program itu supaya lebih menarik berbanding yang dibawakan oleh pengacara-pengacara terdahulu.

“Agak menarik kerana saya ada ‘tenaga’ orang muda dan orang baharu.

“Walaupun orang baharu, saya ada mentor yang cukup berpengalaman dalam bidang ini dengan isu-isu yang cuba diketengahkan.

“Bagi saya ia adalah kombinasi terbaik dalam mewakili wajah baharu Majalah Islam,” katanya sambil memberitahu bahawa dia juga perlu menghadiri sesi  uji bakat yang dijalankan.

Majalah Islam - Pendekatan orang muda

Masih belajar

Jelas anak kedua dari lima beradik ini, walaupun dia mempunyai tiga ruang lingkup kerjaya yang berbeza, namun dia cuba memberikan yang terbaik untuk kesemuanya.

“Saya suka mencuba sebarang perkara asalkan ia baru dan saya rasa benda ni berlaku dengan sangat pantas. Bermula sebagai wartawan, menjadi penolong penerbit dan kini meluaskan lagi sayap dengan menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.

“Saya rasa orang nampak peluang saya dan percaya untuk saya menggalas satu tanggungjawab yang besar dan saya terimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya sambil memberitahu dia bersedia untuk menerima tawaran menjadi pengacara di produksi lain sekiranya tidak bertembung dengan jadualnya.

Namun begitu, dia berkata, semua ini adalah satu proses pembelajaran buat dirinya supaya lebih maju ke hadapan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers