AF2013 - Siapa bakal mara ke final?
BUKAN mudah bagi pelajar AF2013 untuk mencapai ke tahap semi final tanpa dorongan Inspirer mereka Datuk Siti Nurhaliza dan tenaga pengajar yang lain.
Selepas menyaksikan penyingkiran enam peserta sebelum ini, hanya tinggal enam lagi pelajar yang akan bertanding dalam konsert separuh akhir AF2013, yang berlangsung Sabtu ini.
Selain satu-satunya duo yang masih bertahan, Azhael yang dianggotai Mohd Azhar dan Hal Husaini, lima lagi pelajar solo, Faizul, Indah, Amira, Aishah serta Nabila, juga dijangka memberikan persaingan sengit untuk mara ke peringkat akhir.
Konsert kesembilan ini bakal menyaksikan kesemua pelajar menjalankan dua tugasan berbeza iaitu menyampaikan lagu rock dan persembahan secara solo.
Azhael (duo) bakal mendendangkan lagu Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain dan Kembali Merindu dari Slam.
Manakala, lagu Tak mungkin Kerna Sayang dendangan penyanyi asal Alyah dan Opera Hidup nyanyian Wings menjadi taruhan Amira.
Faizul pula mempertaruhkan lagu, Hilang Naluri nyanyian Once dan Bayangan Gurauan dendangan kumpulan Mega.
Tak terkecuali, Indah dengan lagu Fireworks (Katty Perry) dan Segalanya Kuterima (Ilusi)
Manakala, Aisyah lagu Matahariku (Agnes Monica) dan Suratan Takdir (Gersang) serta Nabila dengan lagu Tentang Rasa (Astrid) dan Permata Biru (Ella)
Jika berdasarkan kedudukan undi, kelebihan untuk terus mara ke peringkat akhir berpihak kepada Nabila (22 peratus), Faizul (21 peratus) dan Azhael (17 peratus)
Bagaimanapun, sistem penjurian yang berdasarkan 100 peratus kepada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), boleh merubah kedudukan mereka dalam sekelip mata.
Janji Azhael, Faizul
Menurut Azhael, mereka tidak terkejut dengan undian mereka yang menurun, sebaliknya, mereka hanya mahu menggalas tugasan dan cabaran supaya dapat dinilai sekali gus mendapat kenaikan undian untuk ke konsert akhir nanti.
“Kami akan memberikan persembahan all out untuk kekal di konsert final nanti.
“Apa saja genre lagu yang diberikan, kami anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu digalas dan untuk minggu ini kami akan memberikan lebih karakter,” katanya.
Bagi Faizul pula, ini adalah cabaran terbesar apabila dia terpaksa membawakan lagu rock yang mempunyai stail penyanyi sendiri mengikut caranya.
“Saya akan berusaha lebih untuk menerapkan karakter dalam lagu dan persembahan, walaupun agak tertekan kerana tak cukup masa untuk berlatih,” katanya.
Pesona Aishah, Indah & Amira
Tiga lagi peserta yang dilihat akan memberikan persaingan sengit dalam AF 2013 ialah Aishah, Indah dan Amira yang rasa-ratanya mempunyai ‘tone’ dan ‘range’ suara yang tersendiri.
Menurut Aishah, atau nama sebenarnya, Nor Aishah Aziz, berkata, disebabkan mendapat kritikan pedas daripada juri pada konsert kelapan, kali ini dia akan berusaha untuk menyanyikan lagu dalam irama pop rock dengan lebih baik.
Selain itu, nama Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman mendapat undian terendah iaitu 14 peratus diumumkan oleh Siti sebagai pelajar yang tersingkir pada konsert minggu lalu, bagaimanapun akan memberikan yang terbaik dalam persembahannya memandangkan pada minggu lalu, dia mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
Sementara itu, Nur Nabila Mohd Razali, 21, atau Nabila, yang dikritik hebat apabila setiap minggu dikatakan sebagai pelajar lemah dalam penyampaian dan mendapat undian tertinggi sejak konsert minggu kelima, bagaimanapun redha sekiranya tidak berjaya melangkah ke final.
“Saya yakin dapat memberikan yang terbaik pada minggu ini untuk melayakkan saya ke final nanti.
“Ternyata pengundi melihat bakat saya, walaupun saya sering menerima kritikan daripada juri,” katanya.
AF2013 mendapat tajaan utama dari Samsung dengan tiga program baharu, Galaxy AF, AF Buzz dan TGI AF yang dikenali sebagai Diari AF sehingga hari ini.
Kita tunggu dan lihat...
ReplyDeleteya mari kita tengok siapa yang kena.
Delete