Altimet |
Altimet: Tidak berniat senda sesiapa
SHAH ALAM - Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael mula menitir dibibir masyarakat, namun kontroversi mula timbul apabila lagu tersebut dikaitkan dengan pihak lain termasuk kerajaan.
Bagaimanapun, lagu yang ditulis penyanyi dan penulis lirik, Altimet menafikan lirik lagu ciptaannya menyentuh dan mempersendakan mana-mana pihak.
Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 35, mendakwa, lirik lagu tersebut dicipta pada awal tahun lalu sebelum pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober lepas.
"Saya tidak pernah memikirkan untuk mempersendakan mana-mana pihak ketika menulis lagu ini. Ia adalah sepenuhnya berkaitan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya.
"Cuma lagu ini secara kebetulan hit ketika pembentangan bajet 2014 dilakukan," katanya yang dipetik dalam sebuah portal berita, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap lirik lagu tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan seperti menyentuh tentang subsidi gula.
Tambahnya, lirik itu ditulis berdasarkan respon yang diberikan orang ramai melalui tinjauan yang dilakukannya bagi mengetahui impian mereka jika berpeluang menjadi jutawan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.