Nadiya gementar!

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Nadiya, Gementar
Nadiya Nisaa

Nadiya gementar!


SEBUT sahaja watak Ain Hawani, pasti ramai peminat novel dan drama siri popular Adam & Hawa teringatkan kehebatan pelakon Nadiya Nisaa menjayakan karakter itu.

Lebih menarik, drama yang mendapat sambutan hangat daripada penonton itu bakal difilemkan dan pelakon yang sama turut terlibat dalam penggambarannya.

Bertanyakan mengenai lakonannya menerusi filem terbitan Global Station itu, Nadiya memberitahu penggambaran filem itu bakal dijalankan bermula 1 September ini.

"Filem ini adalah sekuel kepada drama Adam & Hawa. Watak yang saya pegang masih sama iaitu Ain Hawani dan mungkin karakter dan jalan cerita ada sedikit perbezaan memandangkan ia adalah sambungan kisah Adam & Hawa dalam drama.

"Jadual saya dan Aaron agak padat sehingga akhir tahun ini dan kami akan mula menjalani penggambaran pada September di sekitar Kuala Lumpur dan juga New Zealand," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan Nadiya dalam menjayakan karakter yang sama, dia akui agak gementar untuk kembali memegang watak tersebut memandangkan ia sudah lama ditinggalkan.

"Secara jujurnya memang saya sangat-sangat gementar untuk lakonkan semula watak ini. Lagi pun sudah lama saya tinggalkan watak itu dan untuk mulakan sekali lagi bukanlah sesuatu yang mudah.

"Tambahan pula lakonan drama dan filem agak berlainan. Dari segi persiapan apa yang boleh saya buat setakat ini hanya menonton semula 80 episod drama sebelum ini sebagai rujukan.

"Saya amat berharap penonton tidak terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi memandangkan filem ini juga diadaptasi daripada novel Adam & Hawa ke-2 ,"jelasnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Nadiya menerusi drama bersiri Anugerah Dendam Terindah bersama Aaron Aziz, Amar Baharin dan Elfaeza Ul Haq kini sedang ditayangkan menerusi saluran Astro First.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers