Iklan raya Astro Gamat dengan 3 selebriti popular
PADA Aidilfitri tahun lalu, stesen televisyen swasta, Astro menampilkan tiga kisah selebriti terkenal iaitu Erra Fazira, Datuk Aznil Nawawi dan Aaron Aziz.
Tampil dengan tiga lagi kisah selebriti popular pada tahun ini, Astro sememangnya tidak kering idea dalam menyediakan iklan raya yang menghiburkan.
Malah, setiap kisah yang dikongsi tiga selebriti popular iaitu Johan, Nabil dan Hanis Zalikha, memberi seribu satu makna buat penonton.
Dengan tema 'Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan', tugas pengarahan diberikan kepada pengarah, Abid Hussain yang sebelum ini pernah diberi tanggungjawab menghasilkan iklan raya Astro 2012.
Melihat kepada cara pengolahan idea, ternyata Abid bukanlah calang-calang pengarah. Walaupun kisah yang dikongsi hampir sama, namun cara pengolahan tetap berbeza.
Menurut Abid, penggambaran kisah tiga artis popular itu mengambil masa selama dua minggu.
"Walaupun tahun lalu saya diberi peranan menghasilkan kisah raya yang sama, namun pengalaman bersama setiap artis amat berbeza.
"Selama dua minggu saya dan pihak produksi bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk iklan tahun ini.
"Saya berharap agar iklan raya ini memberi seribu makna buat masyarakat dan penonton," katanya.
Tiga cerita itu merangkumi kisah Nabil yang mempunyai seorang kawan rapat dan kini mereka bersatu dalam sebuah keluarga apabila rakannya itu mengahwini kakak kepada isterinya.
Johan pula tampil berkongsi ikatan kekeluargaannya yang berdarah kacukan Cina dan menikmati kelompok budaya yang berbeza.
Si cantik, Hanis Zalikha turut berkongsi pengalamannya beraya di dua kampung halaman (Johor dan Kedah) yang mengambil masa hampir tujuh jam untuk sampai destinasi.
Bawa tema 'happy'
Bertanya mengenai idea, Abid memberitahu bukan senang mendapatkan hak eksklusif setiap artis untuk berkongsi kisah mereka.
Jelas Abid, kerja pengarahan juga bukan mudah kerana kita perlu membayangkan zaman mereka yang masih kecil dan ditambah dengan penyampaian yang sama dengan apa mereka ceritakan.
"Dari segi idea, pihak Astro hanya menetapkan garis panduan dan tahun ini, tema iklan ini adalah kegembiraan.
"Kami perlu menggambarkan kisah itu dalam bentuk ceria dan diselangi dengan gelak ketawa, berbeza daripada konsep tahun lalu.
"Pun begitu, saya sangat berpuas hati dengan penghasilan iklan itu dan ia sangat memenuhi cita rasa," jelasnya.
Puji Johan, Nabil & Hanis
Walaupun sering bekerjasama dengan selebriti popular, namun akui Abid, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerja dengan mereka.
Malah, Abid turut memuji komitmen yang diberikan oleh selebriti itu untuk menjayakan iklan tersebut.
"Saya seronok bekerja dengan Hanis, Nabil dan Johan. Di set, kami sering gelak besar dengan komedi serta lawak Johan dan Nabil.
"Malah, mereka sangat komited dalam kerja dan turut berkongsi idea dalam menjadikan iklan itu lebih menarik.
"Saya pula tidak keberatan untuk mengguna pakai idea orang lain asalkan ianya menarik dan memenuhi selera. Mereka bukan sahaja popular, malah mereka adalah pelakon yang hebat," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.