Beego dan Linda Hashim |
Inilah Rahsia kecantikan Linda Hashim
MESKIPUN lebih 10 tahun berada dalam industri seni, namun kelibat wanita manis ini bagai tidak disedari segelintir peminat seni. Mengakui bukan mengejar populariti sebaliknya mencari rezeki, pelakon berusia 29 tahun ini berkata, dia tidak kisah walaupun tidak ramai mengenalinya.
Baginya, cukuplah sekadar dapat memuaskan hati menjadi pelakon, itu sudah memadai. Walhal, bukan satu atau dua, namun wajahnya sentiasa terpapar di kaca skrin. Malah kerana kekerapannya muncul dalam pelbagai drama, dia juga pernah digelar ratu telenovela, namun semua itu masih belum membuktikan dirinya cukup popular dan dikenali.
Bagaimanapun, di sebalik semua itu, pasti ramai perasan sesuatu yang menarik mengenai isteri kepada pelakon Beego ini. Selain mempunyai kulit yang cantik, bentuk tubuhnya sentiasa maintain dari dulu hingga kini.
Tidak kisah berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan yang menjadi amalannya sehingga hari ini, akui pemilik nama Linda Hashim ini, dia sememangnya cukup obses dan mementingkan penjagaan diri.
Pengertian cantik bagi anda?
Kecantikan dalaman adalah lebih penting berbanding kecantikan luaran. Cantik luaran ini boleh wujud dari segi bersolek, cara kita berpakaian dan sebagainya. Namun cantik dalaman hanya akan wujud jika diri seseorang itu ikhlas dan bersih hatinya. Malah, jika wajah mereka tidak sesempurna mana pun, kecantikan itu tetap akan terserlah kerana kecantikan hatinya.
Dari dulu sehingga ke hari ini anda masih maintain cantik, apa rahsia anda?
Saya boleh dikategorikan sebagai vegetarian. Saya sangat gemar makan sayur dan setiap hari sayur adalah menu utama saya. Sebenarnya itulah rahsia saya kekal langsing sehingga ke hari ini.
Bagaimana pula anda mengawal pemakanan anda?
Seperti yang saya katakan, makan sayur tidak akan memberikan sebarang kesan kepada kenaikan berat badan, bahkan ia membantu kita mendapat tubuh yang sihat dan kulit yang cantik juga.
Makanlah banyak mana yang kita nak, badan pasti takkan naik. Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak makan nasi, saya tetap makan tetapi boleh dikira. Misalnya sekali atau dua kali seminggu sahaja, itu pun dalam kuantiti yang sedikit.
Berapa berat anda kini?
Sekarang berat saya 48 kilogram, saya tidak kisah berat saya naik namun ia tidak akan sesekali lebih 50 kilogram. Lagipun, saya rasa ini berat ideal bagi saya.
Boleh beri tip kepada mereka yang ingin tampil langsing seperti anda?
Tiada sebarang tip atau petua, cuma jika anda benar-benar hendak mendapat berat yang ideal, eloklah mulakan dengan menggantikan makanan yang berat dengan sayur atau buah.
Seperti yang saya lakukan, saya meninggalkan makanan berminyak dan santan. Malah suami turut menyokong cara saya. Lebih menarik, kami akan berbincang menu apa hendak dimakan. Yang pasti, hanya makanan yang sihat dan mempunyai nutrien akan diambil.
Di bulan Ramadan ini, adakah anda turut tidak mengambil makanan berat?
Terpulang kepada keadaan, jika badan lemah dan perlukan tenaga, saya lebih senang makan daging. Namun, ia tetap perlu dikawal.
Adakah anda gemar bersenam?
Saya memang jarang bersenam sebab tidak mempunyai masalah berat badan, kalau dah berpeluh pun kira okey untuk badan. Cuma kalau nak turunkan berat barulah dicadangkan untuk makan sayur dan mengamalkan senaman. Tetapi bukan makan ulam, kerana ulam tidak mengenyangkan sebaliknya untuk awet muda dan ubat.
Dari segi penjagaan wajah pula bagaimana?
Setiap kali pulang ke rumah selepas shooting, saya akan pastikan muka dicuci sebersihnya. Lagipun, siang hari muka tidak dapat bernafas kerana ditutup alat solek, jadi malamlah masa ia berehat.
Rajin lakukan facial?
Ya, memang perlu, biasanya kalau tak sibuk saya akan mendapatkan rawatan facial yang lengkap, tetapi kalau sibuk saya melakukan sendiri mask, toner dan scrub di rumah.
Adakah anda mengambil sebarang suplemen?
Suplemen dan vitamin amat penting untuk kulit dan kesihatan kita. Sebab itu setiap hari saya akan ambil vitamin C dan E, pun begitu, saya juga ada makan makanan tambahan yang lain.
Aktiviti masa lapang?
Susah nak cari masa lapang saya, tetapi kalau ada saya hanya akan berada di rumah sahaja, sama ada mengemas rumah atau masak itulah aktiviti saya. Sekarang ni dah bersuami, lagilah saya luangkan masa dengan dia.
Sedikit perkembangan terbaru anda?
Sekarang ni saya dan suami ada uruskan sebuah produksi. Selain itu, saya akan terlibat dengan penggambaran drama selepas hari raya ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.