Taufik Batisah pilih artis Malaysia

Singapura, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Singapura, Taufik Batisah, pilih, artis, Malaysia, Juara, Singapore Idol
JUARA Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah

Taufik Batisah pilih artis Malaysia


JUARA Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah bakal tampil dengan album terbarunya pada penghujung tahun ini.

Apa yang menarik, Taufik telah bekerjasama dengan artis Malaysia, namun penyanyi berusia 32 tahun ini memilih untuk terus merahsiakan identiti penyanyi tersebut kerana mahu membuat kejutan.

Taufik percaya kolaborasi tersebut bakal menggembirakan peminat-peminat di Malaysia.

“Sekarang saya dalam proses menyiapkan album terbaru dan insya-ALLAH akan diedarkan pada penghujung tahun ini. Dalam album kali ini juga, saya ada berkolaborasi dengan artis dari Malaysia.

“Ia satu kejutan dan saya tak boleh beritahu siapa artis itu tapi Taufik pasti, peminat-peminat di Malaysia akan gembira dengan kolaborasi ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sidang media Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted versi Bahasa Melayu, baru-baru ini.

Sementara itu, Taufik bersama barisan selebriti popular lain bakal memeriahkan malam hari raya pertama pada 8 Ogos nanti dengan filem animasi terkenal, Madagascar 3 yang telah dialih kepada Bahasa Melayu.

Mengulas lanjut mengenai proses pembikinan album terbarunya itu, Taufik akui selesa menulis dan menyusun lagu sendiri.

“Album ini saya tulis sendiri liriknya manakala kebanyakan muziknya, saya juga susun sendiri.

"Saya suka menulis dan menyusun lagu-lagu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Taufik juga menolak ketika dikatakan dirinya tidak mempercayai komposer lain.

“Mungkin sedikit sebanyak ada fobia tapi memang saya sendiri suka mencuba untuk membuat lagu-lagu sendiri dan bukannya tak percaya komposer lain.

"Memang banyak penulis-penulis lain yang luar biasa di luar sana tetapi saya mahu mengasah baka sendiri.

"Mungkin perasaan gembira tak terkira apabila lagu saya itu diterima peminat atau pendengar, itu sesuatu yang sangat nantikan,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers