Lisa Surihani Pelik Menang Artis Komedi Wanita Terbaik

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Lisa Surihani, Pelik, Menang, Artis Komedi Wanita Terbaik
Lisa Surihani

Lisa Surihani Pelik Menang Artis Komedi Wanita Terbaik


KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2013: Isteri kepada Yusry KRU, Lisa Surihani, 27, mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Komedi Wnita Terbaik menerusi filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chandran.

Malah, Lisa yang hadir bersama bondanya pada malam itu menyifatkan kemenangan tersebut bukanlah satu platform baginya untuk bergelar pelawak.

"Saya kurang ilmu pengetahuan dalam bidang komedi. Tidak sesuai orang panggil saya pelawak. Ia bukan bidang saya. Saya pun tiada ilmu melawak. Saya merasakan kemenangan malam ini disebabkan Bernard yang telah berjaya mengasah bakat saya dalam minjiwai watak Dian. Saya boleh berlakon filem komedi. Namun, saya tidak layak bergelar pelawak," katanya.

Sementara itu, Lisa Surihani tidak boleh menolak bahawa kemenangannya pada malam itu sebagai momen pelik sepanjang bergelar pelakon.

"Saya merasakan calon lain ada keistimewaan tersendiri. Saya betul-betul terkejut. Yelah, saya bukannya pelawak. Hati saya terdetik, mungkin ada tersilap kot. Apapun, saya bersyukur kerana ia satu rezeki dan terharu diberi pengiktirafan macam ini.

"Terima kasih yang tak terhingga terutama sekali untuk pengarah Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly yang berjaya jadikan saya Dian," jelasnya.

iskandarX: Jangan pelik Lisa, sapu je apa yang ada, janji menang, ada nama, terbaik dan Tahniah kepada Lisa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers