Pasha timang cahaya mata kedua

Indonesia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Indonesia, Pasha, timang, cahaya mata, kedua


Pasha timang cahaya mata kedua


VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha selamat menimang cahaya mata kedua yang sama tarikhnya dengan Hari Kemerdekaan Indonesia, semalam.

Pasha yang dipetik dalam satu portal berita Indonesia berkata, isterinya Adelia Wilhelmina telah melahirkan bayi lelaki pada jam 8.45 pagi.

“Assalamualaikum...izinkan kami menyampaikan satu berita gembira bahawa hari ini tanggal 17 Ogos, kami telah menimang seorang cahaya mata lelaki,” katanya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2011 itu sepakat menamakan cahaya mata kedua tersebut Sakha Dayana Yusuf.

“Semoga amanah ini menjadi berkat dan manfaat kepada kami selaku ibu bapa, keluarga dan bangsa ini,” tambahnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers