Kesederhanaan Muhammad Jeffrey Buat Nur Fatimah Tertawan

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kesederhanaan, Muhammad Jeffrey, Buat, Nur Fatimah, Tertawan
Muhammad Jeffrey dan Nur Fatimah Abd Wahab

Kesederhanaan Muhammad Jeffrey Buat Nur Fatimah Tertawan


KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Meskipun tempoh perkenalan antara penyanyi Nur Fatimah Abd Wahab dan suaminya,Muhammad Jeffrey tidak terlalu lama, namun majlis persandingan yang diadakan di Bora Ombak, Ampang malam tadi membuktikan betapa seriusnya perhubungan mereka.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Selembut Sutera itu terdahulu telah dilamar Muhammad Jeffrey atau nama asalnya Jeoffrey Wainwright pada 1 Februari lalu, diikuti dengan majlis akad nikah pada 10 May lalu.

Mereka buat pertama kalinya telah dipertemukan pada Ogos tahun lalu di sebuah restoran Thai di Australia dalam situasi yang cukup romantis, di mana Muhammad Jeffrey telah menyapa penyanyi berkenaan untuk berkenalan.

Bercakap kepada portal murai.com.my selepas sahaja selesai majlis persandingan penuh indah malam semalam, Nur Fatimah berkata suaminya itu seorang yang ringkas dan tidak banyak kerenah sekaligus memudahkan lagi hubungan mereka berdua.

"Cara dia mendekati saya nampak cukup gentlemen dan ikhlas. Lebih membuatkan hati saya tertarik lagi apabila selepas sebulan berkenalan dia telah memperkenalkan saya dengan keluarganya dan kemudian datang melamar.

"Dia tidak cerewet, mudah dan tidak juga suka menghakimi orang. Apa yang penting dia selalu berada bersama saya ketika saya memerlukannya dan pastinya dia seorang yang romantik," katanya ceria dengan persalinan tradisional rona krim putih.

Selain bercadang untuk memiliki empat orang anak, penulis lagu popular itu juga menambah, dia akan menetap di Belconnen, Canberra Australia sehingga mendapat hak kerakyatan serta kerja yang sesuai untuk tinggal sehidup semati dengan suami tercinta.

Jelas graduan jurusan pengurusan audio dari SAE Institute, Sidney Australia itu, suaminya cukup menggemari makanan Malaysia terutama sekali Nasi Lemak, Bihun Goreng, Sambal Belacan,Milo Ais dan juga petai.

Jadi sudah menjadi tanggungjawab Nur Fatimah untuk menyediakan hidangan berkenaan untuk menyempurnakan selesa suaminya itu.

Ditanya pernahkah dia terfikir untuk bersuamikan bangsa asing, Nur Fatimah menjawab dia sama sekali tidak menyangka. Bagaimanapun hatinya sering terbuka untuk sesiapa saja yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

"Suami saya memang seorang yang hormat dengan adat serta budaya masyarakat kita. Ketika awal bertemu dulu, saya pernah menjelaskannya berkenaan cara untuk hidup bersama dan lelaki serta perempuan bukan muhrim tidak boleh hidup dalam satu bumbung.

"Tidak sangka pula pintu hatinya terbuka untuk melamar saya. Begitu juga dengan keluarganya yang menerima saya sebagai menantu mereka," katanya yang akan ke Singapura dan Los Angeles untuk berbulan madu.

Nur Fatimah merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik, manakala Muhammad Jeffrey adalah anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers