Tuah pasangan serasi

Tuah pasangan serasi

NOR RAIDAH AWANG
FOTO: IHSAN ASTRO

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, pasangan serasi, Ceria Popstar, Atilia, Hairul Asri Alis Sofjan, Nur Shazleen Natasha Kamaluddin

Antara peserta rancangan Ceria Popstar

SETELAH bersiaran selama 10 minggu, akhirnya rancangan Ceria Popstar melabuhkan tirainya malam Ahad lalu dengan menobatkan pasangan serasi, Hairul Asri Alis Sofjan, 14, dan Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 13, sebagai juara.

Atas kemenangan itu, anak didik kepada penyanyi Atilia ini menerima hadiah utama wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Memilih lagu Seiring dan Sejalan yang dipopularkan oleh pasangan Broery Marantika dan Sharifah Aini, ternyata dua sahabat dari Kuala Lumpur ini mampu meraih hati penonton dan juga juri.

"Kami tidak pernah menyangka menjadi juara, keserasian yang ada pada diri kami membuatkan kami mudah bekerjasama.

"Bagi kami untuk menjadi juara ianya bukan perkara mudah, tambahan pula peserta lain mempunyai vokal yang cukup hebat," kata Hairul.

Bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh, Leen berkata, jumlah wang tersebut akan dibahagikan dan disimpan untuk pendidikan mereka kelak. Malah mereka turut menyumbang RM1,000 kepada badan kebajikan di Selayang.

Atilia bangga


Sementara itu, Atilia meluahkan rasa bangga dengan kemenangan anak didiknya itu. Katanya, Hairul dan Leen sering menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan.

"Saya melihat mereka berdua bekerja kuat dan semangat yang ada dalam diri mereka berdua mampu untuk mengorak langkah dengan lebih jauh," kata Atilia yang turut berpuas hati dengan kemenangan seorang lagi anak
didiknya, Trisya, di tempat kedua.

Ternyata suara merdunya menerusi lagu Matahariku turut membawa tuah kepada Trisya apabila berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Manakala anak didik, Cat Farish, Vasion Mate, berjaya menduduki tempat ketiga dan meraih wang tunai RM10,000. Dua lagi peserta, Razmil dan Flower Queen yang merupakan anak didik kepada Hazama turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya membawa pulang RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro, Ceria Popstar dihoskan pelawak popular, Nabil serta diadili tiga juri profesional terdiri daripada penyanyi Nurul Wahab, Mawi dan aktor popular, Aaron Aziz.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers