Alyah: Ramadan pembuka rezeki

Alyah: Ramadan pembuka rezeki

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, Ramadan, pembuka, rezeki


NOR ATIEYAH YUSOFF



Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, Ramadan, pembuka, rezeki


RAMADAN yang dinanti-nantikan kini menjelang lagi. Di bulan penuh keberkatan inilah umat Islam di seluruh dunia akan berlumba-lumba mengerjakan amal dan ibadah sebanyak mungkin.

Tidak terkecuali, buat pelantun lagu Kisah Hati, Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 29, yang baru sahaja berhijrah.

Teruja menjalani kehidupan baru selepas mengerjakan umrah tahun lalu, Alyah berkata, Ramadan tahun ini menjadi pembuka rezeki yang baik untuk karier seninya,

"Tahun lalu saya berpeluang menjalani umrah di bulan puasa. Tahun ini saya turut menyimpan hasrat sama, namun terpaksa menangguhkannya kerana banyak pula undangan seni yang diterima.

"Saya bersyukur kerana penampilan baru ini membuka pintu rezeki yang baik untuk saya.

"Pun begitu, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan ini," ujarnya.

Berkongsi mengenai penghijrahannya yang kini semakin manis bertudung, Alyah memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah membuka pintu hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.

"Masa mula-mula saya bertudung, hampir semua orang tak dapat cam saya.

"Malah ada yang tidak percaya dengan perubahan saya, lagipun sebelum ini saya sering tampil dengan imej seksi.

"Namun saya bersyukur ramai yang memberikan maklum balas positif. Alhamdulillah," katanya.


Sorok perkahwinan?


Tidak dapat lari daripada kisah cintanya bersama komposer muzik terkenal, Datuk Ramli MS, sehingga kini Alyah masih ditanya persoalan itu.

Meskipun hubungannya bersama duda anak dua itu masih samar-samar, namun timbul pula spekulasi yang mengatakan mereka sudah berkahwin secara rahsia.

Enggan memperbesarkan isu itu, Alyah nampaknya lebih selesa memberikan jawapan yang selamat.

"Saya sudah serik untuk bercerita. Biarlah masa yang menentukan semuanya.

"Lagipun lain yang kita bercerita, lain pula yang keluar," ujar Alyah.

Akui kurang selesa berbicara tentang kisah peribadi, Alyah kini semakin berhati-hati agar tidak terlalu terbuka mengenai perkara itu.

"Sekarang saya harus lebih berhati-hati agar tidak terus menjadi mangsa kontroversi.

"Adalah lebih baik saya memberikan tumpuan terhadap karier berbanding kisah-kisah peribadi," katanya.


Urus sendiri kerjaya


Beralih mengenai karier seninya, Alyah kini sedang sibuk merakamkan lagu terbarunya berentak balada, Cinta Takkan Berakhir selepas single Permata yang dinyanyikan bersama Ben (Bintang Kecil) sering diputarkan di corong radio.

Katanya, lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal dari seberang yang turut mencipta lagu Lelaki Ini dan penyanyi Indonesia, Afghan.

Menurut Alyah, single terbarunya itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri dan berharap dapat menerima sambutan positif daripada peminat.

Pun begitu, dia kini sedang mengumpul lagu singlenya yang terdahulu seperti Kisah Hati untuk disatukan dalam satu album.

"Hampir enam tahun saya tiada album baru, jadi ia merupakan usaha saya bersama pihak pengurusan untuk mencari balik lagu yang hilang itu.

"Lagipun selepas kes pembantu peribadi saya sebelum ini menyebabkan album baru mengalami beberapa penangguhan akibat faktor tertentu dan masalah teknikal," katanya.

Tambahan pula, dia kini terpaksa melakukan semua perkara tanpa bantuan sesiapa selepas ditipu teman rapat menyebabkan Alyah tidak menang tangan untuk menguruskan aktiviti seninya.

"Saya sudah serik ambil pembantu. Lebih selesa menguruskan semuanya sendiri," tegas Alyah.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers