Liyana Jasmay teruja sedia juadah buat suami
RAZIATUL HANUM A.RAJAKLiyana Jasmay |
Bersama Suami Kali Pertama Ramadhan
PELAKON dan penyanyi, Liyana Jasmay akui teruja untuk menyambut Ramadan pertama kali bersama suaminya.
Menurut Liyana, dia sudah membayangkan resipi yang mahu dimasak buat suaminya untuk berbuka dan bersahur.
“Saya teruja untuk pertama kali menyambut Ramadan bersama suami. Saya nak masak untuk dia. Dia pun tak cerewet jadi saya dah tahu nak masak apa untuk dia.
“Suami suka sambal-sambal. Jadi, tak kisahlah sambal sardin, sambal sotong atau sambal ikan bilis. Tapi saya ada juga rancang nak masak nasi tomato dan ayam masak merah sempena pertama Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.
Liyana dan suami, Fathuddin Mazlan melangsungkan pernikahan pada 2 Februari lalu.
Akui menjalani penggambaran tanpa henti sejak Mei lalu, Liyana membuat keputusan mahu berehat sepanjang Ramadan ini.
“Saya telah mulakan penggambaran tanpa henti sejak Mei, jadi saya mungkin akan berehat sehingga Hari Raya.
“Selepas hari raya, akan ada shooting sikit-sikit, selepas itu dah tak ada kerja, saya nak berehat sekejap,” katanya yang bakal bercuti dengan suami ke Hong Kong pada hari raya ketiga.
Bercakap soal drama terbarunya, Liyana memegang watak sebagai Haneez dalam Sahabat yang bergandingan dengan barisan pelakon baru meningkat naik seperti Izzue Islam, Shukri Yahaya, Aedy Ashraf, Syarif Sleeq dan Iezah Diyana.
Drama 36 episod itu mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang baru tamat SPM yang dalam dilema sama ada akan terus bersama sebagai kawan atau tidak.
Cinta antara watak utama, lakonan Shukri dan Iezah serta kisah persahabatan antara mereka bertujuh membangkitkan konflik yang banyak menjadi pengajaran buat mereka.
Drama Sahabat terbitan Suhan Movies itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat di saluran Astro Ria.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.