Ahmad Idham |
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
3 Julai 2013
JIKA sebelum ini, penerbit dan pengarah prolifik terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak bersetuju dengan penayangan filem di Astro First kerana menganggap ia akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.
Dek kerana situasi itu, Idham juga mengambil langkah kembali ke ‘konsep lama’, di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.
Malah syarikat produksi beliau, Excellent Pictures sudah bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun bermula awal Mac tahun lalu.
Namun, ramai pula hairan apabila filem terbaru arahan Idham, Lari lakonan Aaron Aziz, Erin Malik dan Dira Abu Zahar mula ditayangkan ke Astro Fisrt.
Justeru, ramai tertanya-tanya, adakah Idham sudah 'rujuk' dengan Astro First dan bagaimana pula dengan tayangan eksklusif untuk saluran TV3?
"Sejujurnya, tiada isu rujuk atau kembali ke Astro Fisrt kerana ia sebenarnya melibatkan perjanjian yang telah dimeterai lebih awal.
"Aaron adalah artis eksklusif Astro, jadi jika saya mahukan Aaron, secara tak langsung filem itu juga perlu ke Astro First. Saya anggap ini sebagai perniagaan dan saya tidak kisah untuk bertolak-ansur mengenai perkara ini.
"Tapi filem-filem lain terbitan Excellent yang tidak melibatkan Aaron seperti Gangster Celop yang ditayangkan sebelum ini, tetap tidak ditayangkan di Astro First," jelasnya kepada Zass.
Lari, sebuah filem yang ditayangkan di Festival Filem Cannes dan bertaraf antarabangsa ini menampilkan turut dianggap sebagai Die Hard versi Malaysia ini menceritakan Khaliff (Aaron Aziz) yang berhadapan dengan konflik
apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia dan ayahnya dibunuh kejam.
Konflik berterusan apabila Khaliff mengesyaki KJ (Erry Putra) terlibat dalam kejadian tersebut. Sementara itu, kekasihnya dahulu iaitu Maya (Dira Abu Zahar) ingin membantu Khaliff menyelesaikan misinya.
Idham berkata, dia berharap perkara sebegini tidak menjadi pertikaian dan isu kerana perkara yang lebih mustahak adalah sokongan masyarakat kepada filem tempatan.
Katanya, jika melihat senario sambutan filem kini, ia seakan ada naik dan turun dan penonton lebih gemar menonton filem luar.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi filem Lari ke Astro First bukan kerana tidak laku. Lari mendapat kutipan lebih RM 1 juta dan jika kita lihat kini, susah untuk sesebuah filem mengutip RM1 juta dalam tempoh tayangan.
"Paling penting adalah sokongan penonton terhadap industri perfileman tempatan kerana tanpa sokongan anda, industri perfileman kita akan malap," katanya.
Produk baru
Berkongsi perkembangan terkininya, Idham berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Cinderella yang sudah di beri nafas baru.
Idham berkata, filem lakonan Fizo Omar dan Nellydia Senrose itu bukan kesinambungan daripada drama Cinderella yang pernah dijayakannya bersama Haliza Misbun pada 1998.
"Filem Cinderella kini sedang melalui proses post production dan saya harap ia akan menemui penonton pada hujung tahun ini.
"Selepas ini, saya akan memulakan penggambaran filem seram komedi, Soffi Nan Sempit lakonan Hazama dan Sofi Jikan. Saya pilih untuk menerbitkan semula filem komedi seram kerana sambutan penonton kini lebih kepada
genre sebegitu," ujarnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.