Autumn di Hatiku, pengarah janjikan kejutan

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Autumn di Hatiku, pengarah, janjikan, kejutan
Barisan produksi Autumn Di Hatiku di majlis pelancaran drama itu, semalam- Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
2 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Autumn di Hatiku, pengarah, janjikan, kejutan
Hanez bergandingan dengan JS - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


FENOMENA K-Pop yang sudah melanda seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan tercetusnya drama bersiri Autumn di Hatiku, lakonan Hanez Suraya dan Kim Jin Sung (JS).

Buat julung kalinya, pelakon cantik ini bakal tampil dalam drama genre komedi romantik di samping aktor dari Korea Selatan, JS.

Menurut Pengarah Jenama Tonton, Shahida Azad Jamaluddin, Autumn Di Hatiku merupakan drama bersiri sulung terbitan pihaknya yang bakal disiarkan di portal video, Tonton.

Pihaknya juga masih mempertimbangkan untuk menyiarkan drama tersebut di salah satu stesen televisyen (TV) milik mereka.

“Buat masa ini, Autumn di Hatiku memang eksklusif ditayangkan hanya di Tonton tetapi akan tayang di TV nanti.

“Cuma, setakat ini, kami masih belum buat keputusan lagi tayang di TV mana...masih dalam perbincangan,” katanya kepada sidang media Majlis Pelancaran Drama Bersiri Autumn Di Hatiku, semalam.

Sementara itu, dua pengarah yang bertanggungjawab dalam pembikinan drama ini, MJ Woo dan Edmund Yeo akui pemilihan Hanez sebagai pelakon utama ekoran percaya pelakon itu mampu membawa karakter Nina dengan baik.

Nina merupakan seorang gadis ceria yang menggilai K-Pop dan bekerja di kedai kek di mana berusaha untuk memikat hati jejaka Korea Selatan yang bertandang ke kedai tempatnya bekerja.

“Kami sebenarnya peminat Hanez tapi kebanyakan drama yang dilakonkan dia serius. Kami yakin Hanez mempunyai potensi untuk melakukan sesuatu kelainan.

“Karakter ini sesuatu yang berbeza untuk Hanez dan ia tepat untuk Hanez walaupun kami tak pernah melihat dia memegang karakter seperti ini sebelumnya,” kata MJ Woo.

 Mereka turut menjanjikan kejutan dalam drama tersebut.

“Drama ini mempunyai banyak kejutan.  Jadi, saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak. Apa yang saya boleh janjikan ialah drama ini memang fantastik,” kata Edmund.

Tambah Shahida, “ada babak tangkap nangis. Ia bukan sekadar drama romantik komedi tapi anda juga boleh melihat beberapa babak yang saya jamin anda akan menangis.”

Ketika dibangkitkan kemungkinan drama Autumn di Hatiku ini secara kebetulan meniru tajuk drama Korea popular sebelum ini, Autmn In My Heart, Shahida menolak perkara tersebut.

“Bukan kebetulan...Kami tahu ada Autumn In My Heart tapi sebab nama watak utama dalam drama ini Park Au Tum yang dipanggil Autumn oleh Nina.

Jadi, tajuk ini diambil daripada pandangan Nina di mana sesuai jika dijadikan tajuk itu Autumn di Hatiku. Tak tiru dan tak terjemah,” katanya.

Autumn Di Hatiku ini turut dibintangi Aiman Hakim , Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers