Johnny Deep bergambar pada karakternya dalam 'The Lone Ranger.' |
LOS ANGELES: Setelah memperoleh kutipan sebanyak RM10.8 bilion (AS$3.6 bilion) menerusi filem lanun – Pirates of the Caribbean, penerbit Jerry Bruckheimer dan studio produksi Disney yakin terhadap kekuatan Johnny Deep dalam mempengaruhi minat penonton untuk karya terbaharunya.
Kali ini pelakon itu akan menggalas tugas sebagai pejuang bertopeng dalam The Lone Ranger, sebuah filem aksi pertaruhan ini.
Karya itu adalah satu diilhamkan dari sebuah siri radio pada tahun 1933 sebelum bertukar menjadi satu siri televisyen popular di Amerika Syarikat pada tahun 1949-1957, sebuah adaptasi mitos.
Deep yang memegang watak lanun Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean menegaskan teruja mengambil cabaran berkenaan terutama sekali watak Tonto selepas melihat gambaran pada ilustrasi dengan gagak bersayap sebagai topi.
Dengan bajet kira-kira RM600 juta (AS$200 juta), filem ini menceritakan bagaimana seorang peguam bernama John Reid bertukar karakter dengan memakai topeng hitam serta bertopi koboi putih untuk menjadi seorang wira.
“Ramai yang membesar dengan siri itu dan saya percaya The Lone Ranger dapat menunjukkan kepada semua pihak yang kita menghargai nostalgia itu,” kata Bruckheimer.
Selain Deep, filem ini turut dibintangi Armie Hammer, Tom Wilkinson, William Ficthner dan Barry Pepper. - AFP
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.