Isu tuntut hutang: Neelofa enggan pening kepala

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Isu, tuntut, hutang, Neelofa, enggan, pening, kepala
Neelofa


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
2 Julai 2013

NAMA pelakon dan pengacara, Neelofa tiba-tiba dikaitkan dengan pelakon, Shah Jaszle beberapa minggu lalu.

Neelofa dikatakan menuntut hutang dari Shah sebanyak RM5,000.

Berpeluang menemui Neelofa di rakaman Kecoh Pengacara Beraya di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi, Neelofa memberi maklum balas berhubung situasi itu.

“Memang saya ada menghantar SMS pada dia minta jelaskan hutang tetapi ia adalah dua tahun lalu. Saya terkejut apabila isu ini timbul.

“Sedangkan saya memang dah lama tak menghubungi Shah dan saya tak ada nombor telefon dia sekarang,” katanya.

Shah dikatakan meminjam RM5,000 daripada Neelofa dua tahun lalu, ketika berlakon bersama untuk filem Azura 2011.

Pengacara Nona ini akui tidak pasti apa tujuan sebenar Shah mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Sebelum ini, Shah menunjukkan mesej yang diterima dari Neelofa kepada media dalam pertemuan dengan pasangan yang ditangkap khalwat bersamanya di Bangsar, baru-baru ini.

“Saya tak tahu apa tujuan dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini,” katanya.

Ekoran tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara itu, Neelofa akui sudah menghalalkan hutang tersebut.

“Saya dah halalkan...bukan soal pemurah ke apa tapi saya tak mahu peningkan kepala.

“Tapi kalau dia nak bayar, saya terima sebab itu duit saya,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers