Shila Amzah Kini Pasrah, Mulakan Hidup Baru!


Shila Amzah, Kini, Pasrah, Mulakan, Hidup, Baru, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia, shila putus cinta, putus cinta, cinta, sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad maki shila amzah, artis, gosip


KL, 13 FEBRUARI 2013: Pening juga Murai Batu apabila mengikuti kisah percintaan adik Shila Amzah dengan pasangannya Sharnaaz Ahmad ni. Rasanya menjelang tahun baru ni, banyak betul isu yang berbangkit mengenai kisah percintaan mereka. Murai Batu lihat hubungan mereka mula tegang apabila ND Lala dalam kenyataanya kepada media dilihat tidak merestui langsung hubungan pasangan itu.

Selepas kedua-duanya tegang Shila pun mula berusara menerusi sepucuk suratnya yang memohon maaf bagi pihak Sharnaaz. Murai Batu ingat ianya sudah berakhir dan suarat itu telah melembutkan hati Sharnaaz.

Namun sangkaan Murai Batu meleset, Sharnaaz mula melenting dan dalam kenyataanya kepada media dia memberitahu bahawa dia telah pun membatalkan niatnya untuk merisik Shila sekaligus mahu melupakan kisah percintaan mereka.

Dalam keadaan yang tegang sebegitu, Shila pula muncul dengan sebuah video di laman YouTube apabila meluahkan kesedihannya dalam keadaan mata bengkak. Dia juga turut membawakan lagu Ombak Rindu dengan penuh sedu.

Kini, hubungan mereka masih lagi jadi tinggal tanda tanya. Walaupun Sharnaaz sudah memberi pembayang yang hubungan mereka seperti sudah berakhir, namun dalam sebuah artikel murai.com.my sebentar tadi, Sharnaaz sendiri tidak mahu memberi komen aoapbial ditanya benarkah hubungan cintanya dengan Shila Amzah sudah putus.

Terbaru! Murai Batu gembira apabila melihat semangat baru penyanyi ini apabila mula menulis di akaun Twitternya yang dia kini sudah pun dapat menerima keputusan bahawa hubungan mereka sudah tidak dapat diteruskan lagi.

Dalam tulisan di akuan Twitternya itu, Shila seperti pasrah dan mahu memulakan hidup yang baru;

"It's sad when someone can walk right by you and pretend you were never a big part of their life..

"New start,new life,new songs coming out...alhamdulillah:)

"Even if we can't be together in the end, But I'm grateful you were part of my life at one point. I wish you all the best,I'll pray for you:)

Baguslah, Murai Batu doakan semoga Shila Amzah tabah menghadapi semua dugaan.

MURAIBATU: Suratan atau kebetulan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers