Bertunang Dengan Kekasih Lain, Fizz Fairuz Larikan Diri?


Bertunang, Dengan, Kekasih, Lain, Fizz Fairuz, Larikan, Diri, bertunang, dah bertunang, fizz bertunang, fizz bertunang dengan kekasih lain, fizz fairuz larikan diri, Almy Nadia, fizz fairuz anggap almy nadia kawan


KL, 13 FEB 2013: Terkejut Murai Batu bila dapat tahu pelakon Fizz Fairuz yang kita semua sedia maklum bahawa dia adalah kekasih kepada Almy Nadia kini sudah bertunang dengan wanita lain.

Mula-mula Murai Batu bagai tak percaya juga apabila diberitahu perkara ini, tetapi setelah melihat gambar-gambar yang tersebar di internet baru-baru ini, lebih-lebih lagi foto Fizz menyarungkan cincin ke jari manis seorang wanita dalam majlis tunang, barulah Murai Batu memperakuinya.

Menurut sumber, rupanya majlis pertunangan itu sudah pun berlangsung pada 10 Februari lalu di di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang. Lebih sahih lagi, wajah ibu kepada Fizz Fairuz juga turut ada sama di majlis pertunangan mereka yang tidak pernah diketahui media itu.

Murai Batu pun tak kenal siapa gadis itu tetapi menurut sumber katanya tunang yang berasal daripada Pahang itu bernama Azlyn Massiela. Adakah benar sebelum ini hubungan Almy Nadia dan Fizz sudah berakhir? Murai Batu masih terpinga-pinga sekarang ni tetapi dalam satu kenyataan Almy Nadia sendiri tidak mahu memberi sebarang komen dan mahu pihak luar sendiri menilainya.

Yang penting, ramai peminat yang terkejut dan membenci tindakan Fizz itu kerana sebelum ini mereka tertipu bahawa hubungannya dengan Almy masih baik seperti dahulu. Nak tahu kesahihannya, ramai pihak media termasuk rakan-rakan Murai di Murai Batu cuba menghubungi Fizz tetapi telefon bimbitnya tidak pernah dia nak angkat.

Kenapa Fizz mahu lari dan mendiamkan diri? Tak akan dia mahu orang ramai terus menuding jari kepadanya kerana dilihat seperti bersikap curang! Murai Batu harap Fizz tampillah kepada media untuk memberi kenyataan. Tidaklah ramai peminat yang marah atas tindakannya itu.

MURAIBATU: Tak sabar tunggu konsert Anuar Zain....

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers