The Hobbit: Asal Usul Cincin Hikmat LOTR Bermula Di Sini


The Hobbit, Asal, Usul, Cincin, Hikmat, LOTR, Bermula, Di, Sini, an unexpected journey, hobbit, Hollywood, pelakon Hollywood, aktres Hollywood, ratu filem hollywood, ikon hollywood, artis hollywood, produksi hollywood, bintang hollywood


Filem:           The Hobbit: An Unexpected Journey
Pelakon:       Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Ken Stott, Graham McTavish, William
                     Kircher, james Nesbitt, Stephen Hunter.
Pengarah:      Peter Jackson
Penulis skrip: Fran Walsh, Philippa Boyens, Peter Jackson, Guillermo del Toro.
Genre:           Fantasi,Aksi, Drama, Pengembaraan

Sekali Imbas
Pengembaraan sekuel The Lord of The Rings sebenarnya bermula dari filem ini. Di sinilah puncanya kehadiran cincin hikmat sehingga membawa dunia makhluk bernama Hobbit menjadi perhatian ramai bersama pengembaraannya yang mencabar.

Ulasan Penuh
Seorang teman ada bertanya, adakah filem The Hobbit: An Unexpected Journey mampu menjadi Film Of The Year? Penulis agak kurang pasti dan seraya menjawab tidak.

Bagaimanapun apa yang sudah pasti, ianya bakal mendapat kutipan tertinggi kerana refleksi hebat daripada sekuel filem The Lord of The Rings (LOTR) terdahulu. Beberapa perkara menjadi batu pengukur mengapa filem arahan Peter Jackson ini agak kurang terkesan pada pandangan penulis.

Pertamanya kerana elemen aksi dan suspen yang diketengahkan filem ini agak kurang umph! atau membuatkan hati penulis kurang berdebar-debar menanti penyelesaian sesebuah pertarungan atau situasi tegang.

Memamg benar The Hobbit miliki beberapa babak aksi dan pertempuran, tapi mungkin kerana terlalu banyak elemen fantasi yang ingin diketengahkan telah menjadikan ritma suspen di dalamnya agak mudah dijangka. Tiada lagi 'element surprise'.

Faktor lain yang menjadikan The Hobbit kurang umph adalah kerana terlalu banyak ucapan dialog dibawakan oleh setiap watak utamanya.

Daripada satu-satunya watak hobbit itu sendiri iaitu Bilbo Baggins, Gandalf the Grey (ahli sihir) dan juga raja pewaris kerajaan orang kerdil, Thorin pengucapan dialog mereka kebanyakannya agak meleret dan ianya dilakukan semata-mata untuk meletak seberapa banyak info yang boleh kepada penonton.

Ucapan dialog yang terlalu panjang itu, membuatkan penulis berasakans eolah-olah sepertiseperti menonton filem Bollywood. Cuma yang tiada adalah lagu mendayu, panorama indah dan pakaian warna-warni silih berganti.

Pun begitu, dialognya yang meleret juga barangklai membuatkan penulis skrip filem ini menyedari bahawa perlunya pengisian yang berbentuk dengan elemen jenaka atau humor.

Ya, di sinilah letaknya kelebihan yang dimiliki oleh The Hobbit dan mereka berjaya membuat penonton tertawa, meskipun ada di antara penonton terlena tanpa sedar.

Namun begitu, penulis perlu akur, The Hobbit: An Unexpected Journey merupakan sekuel pembukaan yang memerlukan pengenalan bagi setiap karektor dan juga bagaimana terjadinya sesebuah situasi serta keadaan.

Jadi, mungkin itulah sebabnya terlalu banyak dialog diselitkan dalam filem ini.

Beberapa faktor lain mungkin melayakkan The Hobbit terus dipuja dan sekuel berikutnya adalah kemunculan pelbagai watak makhluk pelik yang menggerunkan lagi menjijikkan.

Kerana genre fantasi yang ada pada filem ini telah menjadikannya lebih mudah untuk memperkenalkan satu persatu watak makhluk pelik sambil berlatar belakangkan dunia setiap makhluk itu tanpa sebarang tanda tanya, mengapa dan bagaimana.

Jika salah satu episod The Lord of The Rings dulu, penonton telah diperkenalkan dengan pokok yang boleh berbicara dan hantu air yang menyebabkan serangan ombak, kali ini bersiap sedialah untuk bertemu dengan makhluk gunung batu.

Lihatlah bagaimana dua gunung batu atau hantu batu berlawan sesama sendiri sehingga menyebabkan Bilbo Baggins dan pasukan tentera puak kerdil terjerumus ke dalam gua yang membawa mereka bertemu dengan makhluk jijik bawah tanah.

Malah pada detik inilah, Bilbo Baggins telah dipertemukan dengan watak 'split-personality' iaitu Gollum yang menjadi punca bagaimana dia diperkenalkan dengan cincin hikmat dambaan ramai dalam The Lord of the Rings.

Sebagaimana judulnya 'An Unexpected Journey', filem ini membawa penonton menjelajah ke beberapa dunia lain iaitu beberapa dunia makluk jahat dan juga makhluk baik.

Melihat penjelajahannya yang sangat indah dan sungguh mencabar menjadikan penulis seakan tidak sabar untuk menanti kesinambungan The Hobbit. Bila agaknya? Kita tunggu saja.

Sinopsis
The Hobbit: An Unexpected Journey mengisahkan bagaimana kerajaan orang kerdil Erebor yang pada awalnya aman telah ditimpa serangan sang naga kejam, Smaug yang membinasakan kerajaan negara itu.

Penakhlukan itu membuatkan rakyatnya terpaksa berpindah ke kawasan lain yang lebih jauh, namun jauh di sudut hati mahu mendapatkan kerajaan itu semula.

Keadaan menjadi menarik apabila Bilbo Baggins telah terbabit secara tidak sengaja dalam pengembaraan bersama-sama pejuang Erebor yang diketuai pewaris kerajaan berkenaan, Thorin atas ajakan Gandalf the Grey.

Disitulah bermulanya pengembaraan penuh debaran dan aksi Bilbo yang sedikit demi sedikit telah dipertemukan dengan kehidupan dunia luar lebih mencabar dan cukup indah.

Tidak ketinggalan babak pertemuan Bilbo bersama Gollum yang tinggal du kawasan paling bawah pergunungan sehingga mempertemukan dia dengan cincin hikmat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers