Fathia Tolak Lamaran Kerabat, Ada Taste Tersendiri


Fathia, Tolak, Lamaran, Kerabat, Ada, Taste, Tersendiri, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2013: Dalam pelbagai kisah-kisah panas yang rancak bertebaran di dalam industri hiburan tempatan, nama Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia Latiff, 26 seolah-olah tenggelam dan kurang mendapat perhatian. Adakah dia yang kurang menonjolkan diri atau tiada kontroversi yang menghinggap graduan bidang undang-undang ini?

Mungkin ada kebenaran dalam persoalan tersebut. Namun dalam diam-diam, Fathia khabarnya telah mendapat perhatian daripada golongan kerabat yang cuba merisik hati aktres jelita ini. Pun begitu, Fathia tidak pula mengejar gelaran, jauh sekali memilih jejaka berstatus kerabat kerana dia juga punya citarasanya tersendiri.

Ditemui ketika menghadiri sidang akhbar Air France, di mana dia beserta dua selebriti lain iaitu Fizo Omar dan Tasha Shilla akan mengikuti penerbangan pertama Air France destinasi Kuala Lumpur-Paris bersama peminat bertuah pada 23 April depan, Fathia berkata, tujuan dia berada di dalam dunia seni yang penuh glamor ini adalah kerana memenuhi minatnya di dalam bidang lakonan.

"Bagi saya minat adalah minat. Ini adalah hobi saya. Jadi sebab itu saya tidak mengejar populariti kerana saya juga tidak rasa akan berada begitu lama didalam industri hiburan ini. Saya tiada sebarang target cuma buat masa sekarang saya masih belum puas berlakon.

"Saya pula hanya berlakon dan tidak mempunyai sebarang aktiviti seni lain. Mungkin yang menonton drama lakonan saya sedar kehadiran saya dalam dunia seni,"jawab Fathia yang tidak kisah mengenai populariti dan mengakui tidak meminati dunia nyanyian mahupun pengacaraan.

Jelitawan berdarah kacukan ini turut ditanyakan mengenai kisah peribadinya, Fathia mengakui ada dirisik kerabat diraja, namun dia lebih senang memilih jejaka yang setaraf dengan dirinya.

"Kalau boleh saya tidak mahulah mempunyai hubungan dengan mereka yang berstatus kerabat/royalty. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Sebab itu saya ada menolak risikan mereka yang berstatus begitu pada tahun lalu. Bukan sengaja menolak, tetapi saya rasa saya mahu cari mereka yang setaraf dengan diri saya.

"Setaraf itu bukan daripada segi status mahupun wang ringgit. Saya suka lelaki yang bijak dan mempunyai latarbelakang pendidikan yang bagus serta bekerjaya profesional. Lelaki sebegini akan tampil lebih menawan pada mata saya.

"Buat masa ini saya masih mencari dan mencuba,"jelasnya kepada media yang mendapat tahu cerita tentang hubungannya dan kerabat diraja tersebut yang mual dapat dihidu sejak tahun lalu itu.

iskandarX*** perrrghh selamat Fathia tolak, heheheeh ada chance la is kan? kan? kan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers