KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2013: Berita sedih yang baru kami terima sebentar tadi, pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang tadi.
Berita ini disahkan oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi yang memaklumkan perkhabaran ini melalui laman sosial Twitter miliknya. Menurut Zed Zaidi, Allahyarham yang pernah membintangi filem Semerah Cinta Stilleto, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi meninggal akibat sakit tua.
Datuk Yahya turut terkenal dengan watak komedi dalam filem era 1980-an.
Beliau juga pernah berkhidmat dalam pasukan polis hutan sekitar 1948.
Datuk Yahya kemudiannya menamatkan perkhidmatan sebagai anggota polis pada 18 April 1960 di Balai Polis Ipoh dengan pangkat terakhir disandang adalah Sarjan.
Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga.
Ogos tahun lalu, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.
salam takziah.. al fatihah
ReplyDeleteSelalunya pemergian selebriti veteran nie memang amat terasa sebab Datuk Sulong nie is suka tengok dia pegang watak2 jadi Bendahara, Mamanda dalam drama2 silat Melayu.
Delete