Memey Redha Ditinggal Norman Hakim Ketika Pantang


Artis Malaysia, Ditinggal, Hiburan, ketika, malaysia, Memey, Norman Hakim, Pantang, Redha


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto ehsan Memey Suhaiza

KUALA LUMPUR, 7 FEB 2013: Pelakon Memey Suhaiza akui suaminya, Norman Hakim kini sibuk menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur sejak dia melahirkan anak pertamanya, Mohamed Darwisz Hakim pada 1 Februari lalu.

Memey Suhaiza berkata waktu jadual Norman yang ketat dan padat itu menyebabkan suaminya tidak dapat meluangkan banyak masa di rumah ketika dia kini sedang berpantang.

"Sebenarnya Norman sudah mengambil cuti untuk menyambut kelahiran bayi kami bermula 10 Februari ini tetapi saya pula telah bersalin lebih awal daripada due date yang sepatutnya pada 20 Februari.

"Jadi sekarang ini dia sedang sibuk menghabiskan beberapa penggambaran sebelum 10 Februari. Jadualnya sangat ketat, sehinggakan dia hanya ada masa untuk balik sekejap saja pada waktu malam dan awal pagi-pagi buta pula sudah pun keluar bekerja.

"Saya tak nafikan Norman ada membantu saya dalam menguruskan anak cuma tak dapat luangkan banyak masa bersama," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Namun begitu, Memey memberitahu dia tiada masalah dengan jadual kerja Norman yang ketat itu kerana dia kini sibuk dijaga juga oleh emaknya di rumah.

"Saya redha dan faham kerana inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Lagipun saya ada emak yang menjaga di rumah. Pun begitu, Norman tetap mahu saya update setiap masa gambar baby dan apa yang kami buat di rumah kepadanya sebagai pelepas rindunya di set," jelasnya lagi.

Memey yang baru berpantang 6 hari itu bagaimanapun akan menyambung proses berpantangnya di kampungnya bermula minggu hadapan.

"Saya akan sambung berpantang di kampung untuk menjalani cara berpantang yang lebih proper mengikut cara kampung mulai minggu hadapan.

"Kemudian majlis doa selamat juga akan diadakan sebagai tanda syukur dengan kelahiran anak saya ini. Pada masa itu Norman akan ikut pulang bersama kerana dia akan bercuti seketika," tambahnya lagi.

Memey ditemani suaminya, Norman Hakim ketika melahirkan bayi sulungnya itu Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, kira-kira jam 9.55 malam pada 1 Februari lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers