Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 7 FEB 2013: Stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia, Hitz.fm tampil dengan imej yang lebih segar dengan menampilkan Jin dan Ryan sebagai penyampai pagi Hitz.FM menggantikan tempat JJ dan Ean. Sebelum diberi tugasan baru ini mulai 14 Januari lalu, dua penyampai kacak ini lebih dulu meriahkan corong radio tersebut dengan menggempakkan segmen malam Hitz.fm.
Mengulas mengenai penukaran ini, pengurus Hitz.FM Raqeem Brian berkata, pihaknya berasa amat teruja menantikan impak baru daripada dua penyampai ini dalam mengendalikan segmen pagi.
"Jin dan Ryan masih lagi muda. Namun, mereka begitu komited dan pakar dalam bidang penyiaran radio. Malah, mereka berdua juga sangat mengetahui dunia hiburan tempatan. Dengan personaliti yang mereka ada, kami berharap mereka boleh bersaing dengan penyampai lain selain memeriahkan lagi segmen pagi Hitz.fm.
"Idea untuk mengganding mereka selepas kejayaan dalam survey terbaru yang mana mereka mampu menaikkan jumlah pendengar Hitz.fm menerusi segmen yang terdahulu," kata Raqeem.
Dalam pada itu, pasangan penyampai ini merasa teruja dan terkejut apabila diberi amanah untuk mengendalikan segmen pagi radio berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
"Ia satu penghormatan buat kami untuk buat segmen pagi yang memang dikenali ramai. Kini, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menemani pendengar setia pagi Hitz.fm. Yang penting, kami berjanji akan terus menghiburkan pendengar seperti mana penyampai terdahulu," ujar Ryan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.