Sampah Bagi Kita, Emas Buat Orang



Ini ialah email daripada Raja Kamil, cara buat duit ala survivor, is memang respect Raja Kamil.


Sampah Bagi Kita, Emas Buat Orang

Untuk paparan yang Power Rangers dan Lip-lap Lampu Raya, sila klik
"Always display image"
-------------------------------------------------------------------------------------

Salam hormat;
Salam daripada perantaun, Sheffield, UK !

Ada orang tanya saya, buat apa dekat UK.
Saya jawab straight je dekat sini.

1. kembangkan bisnes
2. upgrade ilmu
3. survival

Orait, hari ni saya nak penuhkan email anda dengan tip-tip supa
power !
Ada 3 Siri Email kesemuanya !

Oh ye...
Feedback yang saya terima tempoh hari, sangat-sangat membantu
dan saya amat hargai email yang anda hantar kepada saya tu.

Ramai yang berminat dengan buat duit offline rupanya.
Jadi hari ni, saya nak sharekan satu tip buat duit, yang saya
belajar daripada masyarakat UK !

Dekat UK, daripada semasa ke semasa, diorang akan buat
Carboot sale.

Ha, masa carboot sale ni, macam-macam barang terpakai
diorang jual.

Ok, ni mungkin perkara biasa je.

Tapi, ada satu perkara yang menarik dekat UK ni, diorang
suka buat charity (derma)

Carboot Sale + Charity = Kaya Raya !

Charity yang diorang buat tu, bukan duit diorang,
tapi hasil jualan Carboot sale.

Dan, ini paling menarik, pada sayalah...
Barang-barang dalam Carboot sale tu pun bukan diorang punya !

hehe.....

Kurang ajar tak diorang ni? hehe :D

Ok, apa diorang buat?
Dan bagaimana idea ni boleh buat anda dapat duit ?

1. Jual barang-barang yang anda tak nak pakai.
Apa orang kata, "Sampah bagi kita, tapi emas
bagi orang lain"

Secara detail, apa nak buat, saya ada ceritakan
dalam blog saya, tengok dekat sini k, http://bit.ly/Hy8MsB

Ok, nombor 1 ni, perkara biasa je kot anda dengar.
Cuma, saya masukkan juga dalam tip ni kerana seriously,
cara paling cepat dapat duit, ialah jual SEMUA barang-barang
yang anda tak nak pakai yang terperuk dalam stor atau bawah katil
anda tu.

2. Sekarang tip kedua pula.
Kalau anda jual barang anda sahaja, duit yang anda akan dapat
bergantung
kepada berapa banyak barang anda ada. Kalau banyak, banyaklah duit
anda dapat.

Kalau sikit, sikitlah.

Tapi, tip #2 ni, saya akan kongsikan kepad anda, cara nak dapat
pendapatan UNLIMITED !

Tinggal anda rajin atau malas nak buat je.

Bagaimana caranya?

Simple. Tadi saya ada cerita tentang charity kan?

Apa anda perlu buat, buat satu flyers.....
bagitahu yang anda nak kumpul barang-barang terpakai yang masih
elok.

Bagitahu anda nak pakaian, mainan dan perabot yang terpakai.

Dalam flyers tu juga, anda bagitahu, yang sebahagian hasil jualan
anda akan dermakan kepada rumah anak yatim/rumah orang-orang tua/
atau apa sahaja pertubuhan kebajikan.

Sebaiknya, anda mention nama pertubuhan tersebut.

Dalam flyers tu, masukkan nombor telefon anda, dan
tarikh terakhir pungutan barang-barang tu.

Flyers tu nanti, anda bagi-bagikan ke kawasan perumahan.
Sebolehnya, kawasan perumahan orang berpendapatan sederhana
ke tinggi.

Diorang ni, banyak barang-barang yang tak pakai.

Ok, lepas tu, macam biasalah. Anda jual barang-barang tu.
Sebahagian duit tu, anda pergilah derma dekat badan
kebajikan yang anda mention tadi.

Sebahagian lagi tu, anda anggaplah macam, kos pengurusan.

Win-win situation apa?
1. tuan barang, dapat rumah yang selesa sebab barang-barang
dah banyak keluar
2. badan kebajikan dapat bantuan
3. dan anda, dapat income :)


3. Ketiga ni, lagi giler !

Ini orang UK yang buat. Saya rasa, dekat Malaysia pun ada,
tapi tak meluas.

Bagaimana dia buat duit?
Simple, dia jadi penganjur Carboot sale !

Satu tapak, ambil RM30 :)
Kalau dapat jual 10 tapak, RM300 dah.

Lepas tu, masa carboot sale tu, anda boleh jual
makanan, minuman dan banyak lagi.

Syarat nak berjaya senang je :-
1. buat carboot sale ni dekat tempat orang senang
nak datang

2. tempat ramai orang (kalau dapat nego dengan pasaraya
setempat nak guna sedikit kawasan parking diorang.
Lepas tu, cakap, ni untuk charity - guna konsep dekat atas
tadi)

3. Mana nak cari,penjual barang-barang terpakai ni, boleh ajak
kawan-kawan
je dulu. Minta diorang promot kat kawan-kawan diorang sekali event
ni.
Point penting nak ajak diorang, tapak dah ada, kawasan ramai orang
:)

Dengan cara anda jadi host Carboot sale je, anda dah boleh
jana income :)

*** tip ***
Sedikit tip. Daripada semasa ke semasa, anda pun join carboot sale
orang
lain. Daripada situ, anda kumpul contact. Then, bila anda host
carboot sale
anda sendiri, boleh ajak diorang sekali nanti :)

Ok. ini dahulu, untuk tip dalam email Part 1 ni.

Kejap lagi, untuk part 2, saya akan share cara buat duit sebagai
"pengumpul  _ _ _ _ _"
Besanya ini, benda yang anda boleh buat secara online je.

Kejap-kejap, tiba-tiba dapat idea lagi nak share.. hehe

Buat duit dengan FanPage ~ Idea !!!

Published Thu Jul 26 2012
Klik Sini Kalau Nak Belajar Buat Kuiz Facebook: http://bit.ly/PsOec1

Sebelum saya gembang idea buat duit dengan fanpage, iklan dekat
atas ni, abaikan je, kalau tak nak buat duit secara viral.

Ok. Macam ni, sekarang ni, dah jadi satu fenomena kot orang buat
duit dekat Facebook.

Mula-mula cara jual barang, sekarang ni ada lagi best !

Buat duit dengan fanpage !

Idea dia simple je.
Dapatkan Like sebanyak mungkin untuk fanpage tu dan kemudian, DUIT
akan datang !!!

Sekarang, macam mana caranya nak dapat banyak LIKE ?

Simple, pernah nampak tak dekat facebook, kuiz yang dia tanya,
"Apa kereta paling sesuai dengan anda?"

Lepas tu, kalau kita Like je, nanti keluarlah, kereta sorong lah,
kalau orang lain jawab, kereta voksegen lah, poton lah dan
macam-macam.

Tahu kan?
OK, anda buat aplikasi tu, kemudian letak dekat fanpage anda.
Kalau tak reti buat, boleh belajar dekat sini cara nak buat. Simple
je
http://bit.ly/PsOec1

Anda tengoklah, tak sampai seminggu, anda punya fanpage dah naik
jadi 1000 like.
Tunggu seminggu lagi, 5000 like.
Tunggu sebulan, dah 100 ribu like.
Tunggu setahun, mungkin dah 1 juta like dah kot.


Ok. sekarang, bahagian pertama, nak dapat banyak like. SETEL !

Bagaimana nak buat duit?

Simple. Ada 2 cara :-
1. Offer tawaran iklan. Kalau buat post, RM10 satu post.
Kalau post bergambar, RM30 satu post.

Kalau satu hari, tak yah banyak lah, 10 orang iklan bergambar,
RM600 satu hari.

Kalau hari-hari ada orang iklan? Cuba lah kira, RM600 x 30, berapa?
hehe....

2. atau, cara kedua, anda jual je fanpage tu !
Saya ada kawan dia jual fanpage dia RM5000 :)
Pergh !
Duit muka keta tu !!! :D

hehe, ok lah.... kang banyak sangat idea, dah tak tahu

Duduk KL? Takde UNIFI? Kamon lah..... tak cool tuuu... :D
Tengok bawah ni, ni mungkin untuk anda !

Promosi Pendaftaran Unifi dan Streamyx  [ http://bit.ly/MntT5b ](
Klik untuk daftar )

Promosi Unifi Untuk Masa Terhad :

* Pendaftaran PERCUMA.
* Pemasangan PERCUMA.
* Unlimited Download
* HyppTV ( Online TV )
* Panggilan Telefon Tanpa Had.


Promosi SuperSpeedMe untuk pengguna Streamyx :

* Upgrade ke Unifi dan hanya bayar yuran langganan Streamyx untuk
3 bulan pertama.
* Tiada kos penalti walaupun belum habis kontrak langganan
Streamyx.


Contoh Penggunaan Unifi :

* Download File 100MB dalam masa 3 minit sahaja.
* Upload video marketing.
* Video conferencing yang lebih lancar.
Daripada: http://www.register-unifi.com [ http://bit.ly/MntT5b ]

Ok lah.... karang melalut pulak, sampai esok pun tak sampai Email
Part 2 nanti, hehe :)

Tunggu ye..... nanti saya hantar email bahagian kedua.


Sekian dahulu;
Selamat beribadah;
Ikhlas;
Raja Kamil


This message was sent by:
Raja Kamil Parit 1, Sg. Besar,
Selangor, 45300,
Malaysia.

Comments

  1. tanx untuk sharing tersebut.Raja Kamil ni memang boleh katekan otai dlm IM.Banyak gak aku baca sharing die dalam forum tentang buat duit ni

    ReplyDelete
  2. A'aa, dia memang terrer walaupun kami sama naik buat blog, tapi idea dia lebih banyak sebab dia senior. sebab tu is respect dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers