Ezad Lazim busy sepanjang PKPB
Ezad Lazim busy sepanjang PKPB, Menyesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu, penyanyi Ezad Lazim aktif melancarkan single dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selepas berpeluang merakamkan lagu ketuhanan berjudul Sayyidatina Khadija bersama bekas vokalis kumpulan ST12 dari Indonesia, Charly Van Houten, Ezad tampil lagi dengan dua single baharu.
Ezad atau nama penuh, Mohd Rohaizad Mohd Lazim memberitahu, dia ditawarkan merakamkan lagu Hari Raya bersama Farawahida berjudul Dah Raya.
Ini disusuli sebuah lagi projek raya atas talian anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
"Saya anggap ini semua rezeki PKPB dan Ramadan. Lagu raya bersama Farawahida dicetuskan daripada komposernya, Wan Sham.
"Dia mahukan saya menyanyi lagu ciptaannya dan meminta saya mencari rakan duet. Ramai penyanyi dicadangkan, namun rezeki berbalik kepada Farawahida.
"Lagu ini dirakam pada minggu kedua Ramadan. Video muziknya juga sudah siap dibikin," katanya kepada BH Online.
Projek atas talian dengan JKKN pula dibuat bagi memenuhi permintaan teman karib, Izwan Izhar.
"Disebabkan saya ada masa lapang, saya tak kisah memberi sokongan. Proses menghasilkan lagu yang diberi judul Rai Raya dibuat atas talian.
"Saya rakam suara melalui WhatsApp manakala video dirakam menggunakan telefon pintar isteri. Semuanya dihantar menerusi aplikasi Telegram," katanya.
Ezad bersyukur lagu Rai Raya tersenarai antara 10 lagu terbaik daripada 100 penyertaan.
"Keputusan akan diumumkan selepas Aidilfitri. Saya hanya membantu, menang atau kalah, saya tolak ketepi," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.