Almy Nadia keguguran kali kedua

Almy Nadia keguguran kali kedua, Almy Nadia keguguran selepas mengalami pendarahan tanpa henti tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, Ahad lalu.


Almy Nadia keguguran kali kedua


Almy Nadia keguguran kali kedua, Datin Almy Nadia keguguran selepas mengalami pendarahan tanpa henti tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, Ahad lalu.

Suaminya, Datuk Fizz Fairuz berkata, Almy selamat menjalani pembedahan, petang semalam, berikutan pendarahan teruk itu.

"Ramadan lalu, Almy membuat ujian kehamilan selepas tidak datang haid selama sebulan.

"Pada mulanya, ujian berkenaan menunjukkan bacaan negatif. Tetapi selepas seminggu, isteri buat sekali lagi dan keputusannya positif.

"Ketika itu, biarpun tempoh isteri mengandung semula agak cepat selepas keguguran, Februari lalu, kami reda.

"Namun, beberapa hari sebelum Aidilfitri, Almy mengalami pendarahan luar biasa dan sakit perut," katanya kepada BH Online.



Fizz berkata, doktor pada mulanya menjangka darah beku dalam rahim isteri sebagai punca pendarahan teruk.

"Isteri menjalani ujian imbasan dan doktor mendapati ada ketulan seperti darah beku bersaiz satu sentimeter (sm).

"Selepas enam hari, saiz luka membesar menjadi 6 sm, itu yang menyebabkan Almy sakit teruk," katanya.

Fizz berkata, sejak mengalami pendarahan banyak sehingga demam, mereka kerap membuat pemeriksaan di hospital.

"Isteri mengadu sakit pada sebelah malam. Saya minta dia mengambil ubat demam dan berjanji membawanya ke hospital pada keesokan hari.

"Akibat tidak tahan menanggung sakit seperti hendak bersalin, dia langsung tidak boleh tidur malam.

"Semalam, sebaik tiba di hospital, doktor menjalankan ujian imbasan dan mendapati jantung kandungan yang berusia enam minggu, sudah tiada.

"Jadi doktor mengarahkan Almy segera menjalani proses mencuci rahim kerana tidak mahu mendatangkan risiko," katanya.



Fizz berkata, mereka reda tiada rezeki untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

"Bagi saya, ini lebih baik daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada nyawa isteri.

"Setakat ini, doktor beritahu tiada masalah untuk isteri mengandung lagi. Tetapi kami mahu berehat sementara waktu.

"Ini kerana Almy dua kali keguguran dalam tempoh singkat. Biarlah rahimnya kuat dulu," katanya.



Februari lalu, Almy dilaporkan keguguran pada usia kandungan 15 minggu.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2014, memiliki tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 2 tahun.

Mereka juga mempunyai anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers