Dayah Bakar tak jadi beraya di Aussie

Dayah Bakar tak jadi beraya di Aussie, Mengikut perancangan asal, pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar mahu beraya dengan suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia.


Dayah Bakar tak jadi beraya di Aussie


Dayah Bakar tak jadi beraya di Aussie, Mengikut perancangan asal, pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar mahu beraya dengan suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia.

Namun, berikutan pandemik COVID-19, rancangan menyambut Syawal di negara kanggaru tidak kesampaian.



Kali pertama beraya tanpa suami yang juga pegawai tentera berpangkat kapten, Dayah yang hamil enam bulan, reda dengan suratan tertulis.

"Pada awal kehamilan, saya ada kesempatan 'terbang' ke Australia melawat suami. Tetapi tidak kesampaian kerana saya berdepan alahan.

"Melepasi trimester pertama, saya merancang pergi ke Australia dan terus menetap di sana sehingga Aidilfitri. Malangnya, dunia diuji penularan COVID-19 pula.

"Ketika itu, saya sudah meminta pelepasan daripada produksi Borak Kopitiam di TV3 malah menyediakan baju sedondon dengan suami.



"Namun, akhirnya, kita hanya merancang tetapi Tuhan menentukan," katanya kepada BH Online.

Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar berkata, suami mula bertugas di Australia sejak awal tahun ini.

"Saya hanya mampu berdoa pandemik ini segera pulih. Saya diberitahu sektor penerbangan juga masih disekat.

"Saya tidak pasti bila dapat berjumpa suami di depan mata," katanya.

Dayah berkata, dia menghubungi suami melalui panggilan video pada pagi 1 Syawal.

"Selepas itu, saya sibuk bersiap untuk mengacarakan siaran langsung Borak Kopitiam," katanya.



Mengenai jantina anak, Dayah enggan berkongsi perkara itu.

"Biarlah disimpan sebagai rahsia. Insya-Allah saya dijangka bersalin September depan," katanya.

Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers