Kisah Menarik Mengenai Takutnya Mati

Kisah Menarik Mengenai Takutnya Mati, ‘Mati’ merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti sebilangan daripada kita takut untuk menghadapinya apatah lagi memikirkan akan perkara tersebut.

Tetapi, walau apapun perasaan kita terhadap mati, kita tetap akan melaluinya. Tidak kira sama ada kita suka ataupun tidak. Seperti mana janji-NYA, semua yang hidup pasti merasai apa itu mati.

Kisah Menarik Mengenai Takutnya Mati, ‘Mati’ merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti sebilangan daripada kita takut untuk menghadapinya apatah lagi memikirkan akan perkara tersebut.

Beginilah nasib semua manusia, kita semua bakal menjadi jenazah.

Tiap masa yang berlalu sama ada kita sedar atau tidak, kita semakin menghampirinya. Selangkah demi selangkah. Tidak lama lagi akan berlalunya tahun 2014. Jika kita perhatikan betul-betul, ianya cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum kita menginjak ke tahun 2015.

Tahun yang tidak pernah kita sangka akan tiba sewaktu kecil. Ini bermakna kita semakin setahun menghampiri mati. Apa telah kita lakukan sepanjang tahun ini?

Mati Bukanlah Perkara Yang Menyeronokkan

Seperti dinyatakan di atas, mati bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk diceritakan oleh kebanyakkan orang. Sebelum saya bercerita tentang kisah menarik tentang ketakutan terhadap mati, izinkan saya berkongsi  tentang definisi mati terlebih dahulu.

Mati adalah bercerainya roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah seseorang dalam kehidupan ini. Kita sebenarnya masih ‘hidup’, tetapi dalam bentuk atau jasad yang lain. Mati adalah suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur.

Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Tidak kisahlah di mana kita bersembunyi atau berada. Ia adalah suatu proses sebelum dibicara pada Hari Kiamat. Seperti firman Allah s.w.t,

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat.”
Surah Ali Imran ayat 185
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-A’raf berbunyi,

“Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”
Surah al-A’raf ayat 34
Mati memang menakutkan. Lebih-lebih lagi apabila dikenangkan dosa-dosa dan kesilapan yang dibuat. Siapalah diri ini jika dibanding dengan Rasul-rasul dan nabi-nabi. Apatalah lagi dengan para Sahabat.

Kita Perlu Lebih Positif Tentang Mati

Walaubagaimanapun, hari ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik mengenai mati supaya kita dapat melihat daripada sudut yang lebih positif.

Lokasi? Kita namakan sahaja Hospital KPJ. Cawangan yang mana? Itu lain ceritanya. Ianya tidak penting, tetapi intipati cerita itu yang penting.

Seorang yang menghidap penyakit kanser fasa kritikal telah berjumpa dengan seorang doktor. Berdasarkan hukum alam, nampaknya hidupnya tidak panjang. Pesakit tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.Dia semakin gelisah. Gambaran mati semakin jelas pada pandangannya.

Kisah Menarik Mengenai Takutnya Mati, ‘Mati’ merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti sebilangan daripada kita takut untuk menghadapinya apatah lagi memikirkan akan perkara tersebut.

Doktor perlu sentiasa menenangkan hati pesakit.

Pesakit itu ingin memahami kematian. Seperti mana kebanyakkan orang yang lain, beliau juga begitu takut dengan kematian. Lebih-lebih lagi kematian itu semakin hampir.

“ Doktor apa pendapat doktor mengenai kematian? Saya takutlah kerana saya merasakan waktu saya hampir tiba,” terang pesakit dengan nada yang sedih.
Doktor tersebut merenung pesakit tersebut. Timbul riak sedih dimukanya.

“ Kalau aku pun di tempatnya aku juga turut takut,” guman doktor tersebut dalam hatinya. Dia cuba memikir jawapan yang sesuai untuk diberikan.

Dia tidak mahu jawapan yang diberikan  akan menyinggung perasaan si pesakit. Si pesakit yang berada pada saat-saat kritikal ini perlu diberikan sokongan.

Tiba –tiba terdengar bunyi bising di luar. Seakan-akan terdapat hentakan kepada pintu walaupun tidak kuat. Rupa-rupanya berpunca daripada seekor kucing, ia cuba masuk ke bilik doktor tersebut. Apabila pintu itu dibuka, maka berlarilah kucing itu ke arah doktor tersebut. Kucing itu melompat ke arah doktor tersebut yang merupakan tuannya.

Lantas tiba-tiba doktor tersebut mendapat jawapan untuk persoalan ditanya.

“ Lihat kucing ini. Ia tidak pernah pun masuk ke bilik ini. Ini merupakan pengalamannya yang pertama. Tetapi ia tidak kisah. Ia terus masuk dan mendapatkan saya. Ia begitu gembira kerana berjaya berjumpa dengan tuannya.

Begitu juga dengan kematian. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi  selepas kematian. Ia merupakan pengalaman yang baru. Tetapi bagi saya ianya tentu mengembirakan kerana saya dapat berjumpa dengan Tuan saya.”
Pesakit itu senyum. Doktok turut tersenyum.

Pengajaran Kisah Ini?

1. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Tidak kisah kita berada di mana, ianya pasti akan mencari kita. Ketika anda membaca artikel ini, sebenarnya anda semakin menghampiri kematian.

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. Seperti frimat Allah s.w.t di dalam surah an-Nisaa’,

“Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh.”   Surah an-Nisaa’ ayat 78
2. Menyedari mati adalah pasti, ini menyebabkan anda tiada pilihan lain. Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.

3. Oh, ini bukanlah iklan Hospital KPJ!


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers