POSISI TIDUR BAGI IBU HAMIL, penting tahu tentang posisi tidur bagi ibu hamil baik untuk diri ibu yang hamil sendiri atau pun isteri anda, yang belum kahwin sekadar untuk persediaan nanti.
1. Tempat tidur yang selesa
Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda. Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavendar
2. Mandi atau berendam di dalam air panas sebelum tidur
Seperti yang kita sedia maklum, sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. ini akan menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini.Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan anda tidur dengan nyenyak kelak.
3. Tidur dengan posisi mengiring
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi anda. Anda cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.
4. Lebihkan bantal untuk sokongan
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu. Namun adakah anda tahu bantal yang baik dapat
meningkatkan kualiti tidur anda? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha
untuk menyokong tulang belakang anda. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada para ibu. Jika anda mahu lebih selesa, anda mungkin boleh cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.
5. Berurut sebelum tidur
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan pasangan anda. Minta pasangan anda untuk
mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan pasangan anda malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.