PLKN akan dijalankan dua fasa iaitu integrasi pembelajaran selama lapan minggu dan latihan kemahiran lasak sekurang-kurangnya tiga bulan. |
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan kembali beroperasi Januari tahun depan bakal menyaksikan transformasi dalam enam aspek merangkumi modul, pelatih, jurulatih, kem, alumni dan pelan komunikasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beberapa pembaharuan itu diputuskan selepas kajian makmal dilakukan terhadap PLKN dari Februari hingga Mac lalu bertujuan memastikan program tersebut kekal relevan.
Katanya, PLKN akan dijalankan menerusi dua fasa iaitu, fasa integrasi pembelajaran (selama lapan minggu) sebelum disusuli fasa latihan kemahiran lasak (minimum tiga bulan dan maksimum sehingga tempoh 24 bulan).
Katanya, bagi aspek kemasukan pelatih pula, pengambilan akan dibuat secara sukarela secara berperingkat yang pelaksanaan sepenuhnya pada 2019 dengan kekerapan pengambilan pelatih adalah sebanyak empat kali setahun.
“Bagi memastikan kesemua enam aspek ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melaksanakan projek perintis selama dua bulan bermula 19 Oktober hingga 19 Disember ini.
“Projek perintis membabitkan penyertaan seramai 400 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini akan dilaksanakan di Kem Princess Haliza di Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, tujuan projek perintis itu dilaksanakan adalah untuk menguji keberkesanan modul baharu seperti Fit4Life, Tech & Talk, Malaysiaku, iUpgrade serta pelaksanaan beberapa latihan kemahiran oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pengambilan pelatih PLKN berwajah baharu mempunyai signifikannya kerana Kementerian Pertahanan melalui JLKN menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengenal pasti calon pelatih.
“Calon pelatih adalah terdiri daripada mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke intitusi pengajian tinggi (IPT) dan PLKN memberikan mereka peluang kedua melanjutkan pengajian ke institusi latihan kemahiran selepas PLKN,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.