Wak Doyok Alami Keracunan Makanan Di Indonesia

Wak Doyok Alami Keracunan Makanan Di Indonesia


KUALA LUMPUR 21 APRIL 2015: Personaliti fesyen Wak Doyok, akui mengalami masalah kesihatan iaitu cirit birit akibat keracunan makanan di sebuah wilayah di Indonesia baru-baru ini.

Akibat kesakitan itu, dia mengalami lemah-lemah badan dan hilang selera makan sehingga mengganggu proses penggambaran untuk program Ke Indonesia Ke Kita?

“Di Indonesia, pelbagai makanan yang asli dan pelik-pelik yang saya temui, saya mencuba segalanya, apa yang saya ingat punca saya alami cirit-birit ialah makan di warung di tepi jalan.

“Saya sendiri pun tak tahu tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang dihidangkan kepada saya, makan tanpa usul periksa dan akhirnya padah menimpa saya,” katanya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, selain mengalami masalah kesihatan Wak Doyok juga turut diganggu oleh makhluk halus ketika proses penggambaran itu dibuat menyebabkan dia berasa amat terkejut.

“Ketika kejadian, saya dan Myo tidur di sebuah rumah berdekatan dengan hutan, menurut jurupandu asli Indonesia telah berpesan, kawasan sekitar ini agak ‘keras’ dan perlu waspada.

“Saya memahaminya akan tetapi nasib kami tidak baik, Myo sudah tidur cuma saya sahaja yang belum, apa yang saya nampak ialah kelibat seperti Pontianak berdekatan tingkap bilik.

“Langkah yang saya buat ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan ‘be strong’, walaupun perasaan saya ketika itu bercampur baur, saya lawankan juga perasaan takut.

“Itu antara pengalaman yang pelik dan unik yang saya alami sepanjang menjayakan program terbaru ini, apa-apa pun saya berasa syukur segala perancangan yang diatur telah kami selesaikan dengan baik serta dibantu oleh penduduk tempatan,” ujar Wak mengakhiri petah bicara.  

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers