MV Sayangi Dirimu Tampilkan Fazura Bersama Fazbulous Warrior!

MV Sayangi Dirimu Tampilkan Fazura Bersama Fazbulous Warrior!


KL, 20 APRIL 2015: Debut single Sayangi Dirimu oleh pelakon yang kini bergelar penyanyi, Fazura mendapat respon yang positif daripada para peminatnya terutama sekali mereka  yang dikenali dengan #fazbulouswarrior itu. 

Kini muzik video yang ditunggu-tunggu telah dimuatnaik di Youtube dan anda boleh menonton klip penuh Sayangi Dirimu itu.

Pasti terngiang-ngiang bait bait lirik yang membina semangat diri untuk lebih menyayangi diri sendiri dan harus sentiasa positif. Sayangi Dirimu dilatari muzik rancak yang catchy hasil ciptaan Damien Mikhael bersama Shah Shamsiri sebagai penulis lirik.

Sebelum ini pihak Fazura ada berkongsi klip pendek di dalam Instagram yang menampilkan dirinya dalam muzik video single Sayangi Dirimu.

Sayangi Dirimu bukan sahaja menampilkan rakan dan sahabat Fazura sahaja malah para peminat turut menyokong dengan mengambil bahagian dalam pembikinan muzik video ini. Projek ini adalah usahasama daripada pihak Fazura dan disokong oleh Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini juga telah menjadi muzik latar untuk rancangan realiti berkisarkan kehidupan seorang selebriti dan ia pertama seumpamanya di negara ini iaitu Facing Up To Fazura. Rancangan realiti tersebut telah pun ditayangkan pada penghujung tahun lalu dan mendapat sambutan positif daripada peminat aktres tersebut khususnya.

Selamat menonton dan jangan lupa motivasi diri untuk Sayangi Dirimu!



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers