KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2015: Penyanyi dan komposer lagu Hafiz Hamidun 31, luah rasa sedih dan kecewa kerana butik kepunyaannya yang bertempat di Empire Damansara musnah akibat kebocoran di bahagian bumbung.
Susulan kejadian itu, pakaian yang dipamerkan di butik tersebut telah basah lencun sehingga mengakibatkan kerugian bernilai lebih RM100,000.
“Saya sedari bumbung butik tersebut telah bocor pada bulan September tahun lalu, setelah membuat aduan ke pihak pengurusan premis mengenai masalah tersebut, mereka telah membetulkannya.
“Namun apakan daya, kerja-kerja pemulihan itu tidak diselenggara dengan baik dan kerosakkannya telah merebak ke bahagian lain sehingga air turun umpama hujan lebat,” ujar Hafiz kepada portal Murai di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Terbaru I Love Rasullah di ibu negara.
Dalam pada itu, Hafiz juga menambah pakaian-pakaian yang basah itu terpaksa dilupuskan kerana tidak elok di jual kepada pelanggan demi menjaga kualiti nama butiknya Mikraj Concept.
“Amat tidak wajar kalau saya menjualnya semula, mungkin boleh di basuh tetapi itu bukan prinsip dan cara saya berniaga.
“Barangan yang masih elok telah saya pindahkan dan sedang memikirkan tempat yang baru untuk membina semula butik saya, apa-apa pun saya harap masalah yang menimpa diri saya tidak terjadi kepada para peniaga yang lain,” katanya mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.