Rabu, 3 Disember 2014 @ 9:38 AM Pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya di Marudi MARUDI: Seorang pekerja ladang kelapa sawit berusia 28 tahun hilang ketika mandi di Sungai Karap, dekat sini, dipercayai dibaham buaya malam tadi.
Mangsa, Ramli Tagalan, dipercayai dibaham buaya sepanjang lebih enam meter dan kejadian disaksikan oleh beberapa rakannya.
Dalam kejadian jam 7.51 malam itu, mangsa bersama beberapa rakannya mandi di jeti berhampiran rumah mereka.
Bagaimanapun, ketika memasuki sungai mangsa dikatakan tiba-tiba ditarik reptilia itu dan terus hilang tanpa dapat dibantu rakannya.
Jurucakap polis Marudi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, pihaknya sudah menghantar anggota bersama pasukan keselamatan lain untuk mencari mangsa.
"Sehingga jam 8 malam tadi, kita masih belum menjumpai mangsa yang hilang. Kita akan meneruskan gerakan mencari esok (hari ini) sehingga mangsa dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Beliau berkata, ia adalah kes pertama serangan buaya dilaporkan di kawasan berkenaan tahun ini.
Katanya, sebuah bot bomba dan penyelamat bersama bot penduduk kampung akan menyertai operasi mencari dan menyelamat hari ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.