MH17: Harap jasad 2 anak, cucu disemadikan

Muar: Warga tua yang kehilangan dua anak dan seorang cucunya dalam tragedi MH17, menaruh harapan agar jasad ketiga-tiga ahli keluarganya itu dapat dikenal pasti untuk disemadikan dengan sempurna.

Suri rumah, Tan Ah Chin, 62, berkata setakat ini mayat seorang daripada anaknya iaitu Ng Qing Zheng, 30, sudah dikenal pasti di antara 16 rakyat Malaysia, menerusi proses forensik di Amsterdam, Belanda.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai anak keduanya yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing, 33, dan cucu, Benjamin Lee Jian Han, setahun, yang turut menaiki pesawat sama.

Ah Chin berkata, perkembangan terbaharu itu disampaikan kepada menantunya, Leftenan Komander Lee Vee Weng, 35, yang juga suami kepada Shi Ing.

Setakat ini hanya Qing Zheng sudah dikenal pasti. Nasib Shi Ing dan cucu, Jian Han, pula masih belum tahu. Mereka (forensik) masih menjalankan siasatan. Kami sekeluarga berharap mayat Shi Ing dan Lee Jian Han ditemui juga, seterusnya dapat disemadikan dengan sempurna.

Semua perkembangan ini disampaikan oleh pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) kepada menantu saya beberapa hari lalu, katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Jalan Haji Jaib di sini, semalam.

Ah Chin berkata, berdasarkan perancangan keluarganya, mayat kedua-dua anak dan cucu itu akan dibakar di Amsterdam, Belanda, mengikut kepercayaan Buddha sebelum abu dibawa pulang ke Muar.
"Menantu saya dan beberapa anak saya yang lain akan menguruskan semua urusan berkaitan pengebumian kerana kesihatan saya dan suami, Ng Pae Soon, 67, kurang baik, katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers