Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal

Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal


Ramona Zamzam nafi dirinya punca majlis kahwin Dazrin-Amyra batal, terkejut namanya dikaitkan dengan pembatalan majlis pernikahan Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Terkejut namanya dikaitkan dengan pembatalan majlis pernikahan Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli, Ramona Zamzam ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia tidak sangka perkara tersebut berlaku kerana dakwaan kemesraannya dengan Dazrin sebelum ini hanya disebabkan salah faham.

Terkejut juga bila ada dakwaan yang mengatakan saya punca mereka (Dazrin dan Amyra) tak jadi bernikah.

Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal


Saya tidak pernah terlibat dengan hubungan mereka…Saya rasa mustahil pembatalan majlis pernikahan mereka disebabkan foto yang dimuatnaik di Instagram saya sebelum ini kerana ia perkara kecil dan hanya salah faham sahaja.

Mungkin mereka ada masalah dalaman lain yang kita semua tak tahu…Saya harap hubungan mereka dapat dipulihkan seperti sediakala,” kata Ramona kepada Astro Gempak.

Ramona sebelum ini pernah memuat naik sekeping foto dia dan Dazrin di laman Instagram dan telah mendapat pelbagai reaksi peminat Dazrin dan Amyra.

Gambar tersebut di ambil semasa sedang menunggu penggambaran telefilem Bingkai Kaca…Kami tidak duduk berdua tetapi ada ramai crew bersama.

Ramai yang menghentam tanpa usul periksa dan menuduh saya mengacau hubungan Dazrin dan Amyra dan itu tidak masuk akal kerana saya tahu mereka akan berkahwin,” katanya yang mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan perkara tersebut.

Tambah Ramona lagi, dia tidak pernah bertemu Amyra apatah lagi mempunyai masalah dengan duta Aurawhite itu.

Amyra pun tidak pernah datang bertemu saya dan bercakap mengenai kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini dan saya juga tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang hubungan dia dan Dazrin,” ujarnya.

Ramona dan Dazrin digandingkan dalam telefilem Bingkai Kaca yang bakal ditayangkan pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan di TV9.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers