Seludup Harungi Kepayahan Penggambaran Sepanjang Ramadhan
Seludup harungi kepayahan penggambaran sepanjang Ramadhan inilah realiti penggambaran semasa bulan puasa yang semestinya sangat mencabar semua krew apatah lagi bintang drama berkenaan.
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2014: Terdedah kepada terik matahari dan kadangkala terpaksa mengulangi aksi lakonan berkali-kali untuk mendapatkan kesempurnaan sepanjang bulan Ramadhan, merupakan cabaran yang dihadapi oleh produksi penggambaran drama Seludup.
Apatah lagi inilah realiti penggambaran semasa bulan puasa yang semestinya sangat mencabar semua krew apatah lagi bintang drama berkenaan.
Membariskan pelakon-pelakon berwibawa seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan tidak ketinggalan Raja Ilya, drama berkenaan telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi penggambaran.
Jehan Miskin yang bertindak sebagai penerbit dan pengarah, turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.
“Ini bukanlah kali pertama saya berpuasa di lokasi, namun kali ini tanggungjawab saya agak berat kerana menyandang tanggungjawab sebagai pengarah, penerbit dan juga pelakon.
“Jadual kami amat ketat dan kadang-kala kami hanya berhenti bekerja lebih kurang dua atau tiga minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat, penggambaran disambung semula sehingga awal pagi,” kata Jehan Miskin
Drama bersiri sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan penyeludupan rokok seludup di negara yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.
Fasa pertama penggambaran telahpun selesai untuk memberi peluang kepada krew produksi dan pelakon untuk menyambut perayaan Aidilfitri dan ianya akan disambung semula setelah sepuluh hari bercuti.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Pengkalan Balak, Melaka yang telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepada produksi Seludup sepanjang kami berada di sini.
“Ada yang melawat kami di lokasi dan ada juga yang memberikan makanan sebagai juadah berbuka puasa. Budi baik mereka akan kami kenang sampai bila-bila,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.