Amber Chia Mahu Hamil Anak Perempuan
Amber Chia mahu hamil anak perempuan, teringnin pula nak timang cahaya mata perempuan selepas Ashton.
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2014: Model terkenal, Amber Chia akui dia kini sudah bersedia dan teruja untuk hamil anak kedua.
Amber Chia berkata sudah tiba masanya dia merancang untuk hamil anak kedua memandangkan putera sulungnya, Ashton Wong sudah mencecah usia 4 tahun.
“Setiap hari saya tidak mahu lepas memlihat perkembangan anak saya membesar dan saya kini lebih mementingkan keluarga sebelum menerima apa-apa kerja di luar.
“Saya lihat Ashton mula sudah pandai menjaga dirinya walaupun banyak lagi yang dia masih perlukan saya dan suami untuk membimbing.
“Melihat perkembangannya itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menimang cahaya mata kedua,” katanya kepada murai.com.my dalam sebuah majlis yang diadakan di Zouk KL.
Pun begitu, Amber memberitahu dia sangat teruja jika anak keduanya dia nanti dia akan dikurniakan cahaya mata perempuan.
“Saya sekarang sedang merancang bagaimana nak dapat anak perempuan. Saya teringnin pula nak timang cahaya mata perempuan selepas Ashton.
“Barulah selepas ini saya boleh dapat anak sepasang lelaki dan perempuan,” luahnya lagi.
Menenai perkembangan lain, Amber bakal muncul dalam filem berbahasa Mandrin berjudul, My Mr. Perfect yang akan ditayangkan di China tidak lama lagi.
semoga tuhan mengabulkannya., aamiin
ReplyDeletekunjungi juga blog saya : dr-herbal.blogspot.com