Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua

Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua


Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

Justeru, pihak Astro Oasis bakal meneruskan lagi usaha pencarian pendakwah baru yang serba boleh dengan mengadakan sesi uji bakat Pencetus Ummah musim kedua di beberapa buah lokasi. 

Pencarian ini telah pun bermula di Zon Utara bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah pada 23 Ogos lalu. 

Anda Dialu-alukan Hadiri Ujibakat Pencetus Ummah Musim Kedua


Sesi uji bakat ini terbuka kepada semua lelaki Muslim warganegara Malaysia yang fasih berbahasa Melayu dan berusia antara 18 – 40 tahun serta sihat tubuh badan di samping mempunyai latar belakang dan pengetahuan agama Islam yang baik. Peserta mestilah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sjilil Menengah Rendah Agama (SMRA). 

Sesi uji bakat ini akan menjelajah ke beberapa buah lokasi lain seperti berikut: 

1. Zon Utara: 23 Ogos 2014, lokasi di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah. 

2. Zon Pahang: 30 Ogos 2014, lokasi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Pahang. 

3. Zon Johor: 6 September 2014, lokasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. 

4. Zon Selangor: 13 & 14 September 2014, lokasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra. SELANGOR

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris berkata, Usaha murni yang ingin dicapai melalui program ini belum terhenti. Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak yang diterima pada musim lalu telah memberikan inspirasi kepada pihak Astro Oasis untuk meneruskan pencarian Pencetus Ummah untuk musim yang kedua. 

Mereka yang berminat perlu hadir ke lokasi uji bakat dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R. Selain diuji untuk membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan satu topik tazkirah dengan tajuk bebas. 

Astro Oasis turut mengalu-alukan penyertaan secara online dengan menghantar tazkirah pendek yang tidak melebihi tiga minit untuk dimuat naik ke www.pencetusummah.com.my mulai 20 Ogos sehingga 5 September 2014 beserta butiran lengkap yang dikehendaki di laman web itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers