Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Rita Rudaini menuntut bayaran mutaah berjumlah RM300,000 daripada bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Dalam sebutan kali pertama kes itu hari ini, Rita, 38, hadir ditemani peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakilinya, namun Mohd. Aidil Zafuan gagal hadir.

Kes itu disebut di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd. Zahrullail di kamar hakim.

Beliau kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar memfailkan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Tuntutan mutaah iaitu pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi berkata, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada Mohd. Aidil Zafuan untuk hadir pada sebutan kes hari ini.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Harimau Malaya itu tidak hadir tanpa memberi sebarang alasan kepada mahkamah.

Difahamkan dia masih belum melantik peguam bagi kes berkenaan.

Mohd. Zaidi berkata, Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga gagal hadir pada proses sulh (perbincangan secara baik) yang telah ditetapkan mahkamah pada 14 Ogos lalu.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 lalu di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Keputusan kes itu akan didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers