Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan

Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan


Shaheizy Sam akui ada rasa cemburu setiap kali menerima jemputan perkahwinan daripada rakan-rakan sebayanya.

Malah menurut aktor berusia 32 tahun ini, keinginan untuk memiliki keluarga sendiri sudah lama difikirkan, cuma masa tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

Akuinya lagi, dia juga sering berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipertemukan jodoh secepat mungkin dengan wanita yang terbaik.

Meskipun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga, Sam menafikan dia telah mempunyai kekasih hati ketika ini, jauh sekali calon isteri.


Shaheizy Sam Ingin Berkahwin, Tinggalkan Dunia Lakonan


“Sebagai seorang lelaki normal, pastinya saya mengidamkan sebuah keluarga yang besar. Saya mahu ada isteri, ada anak-anak yang melengkapkan kehidupan kami.

“Usia saya sekarang dah masuk 32 tahun tetapi masih solo…saya risau sebenarnya. Risau bila kahwin lambat anak-anak masih kecil, saya pula sudah tua,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mamat Cupcakes di Cathay Cineplex, baru-baru ini.

Selain itu, tambah Sam lagi dia kini dalam proses mengukuhkan kewangannya kerana banyak tanggugjawab yang masih belum terlaksana.

“Saya kalau boleh mahu menyenangkan keluarga saya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa yang baru,” katanya.

Bercakap mengenai kerjayanya dalam dunia lakonan, Sam ada meluahkan hasrat berehat dari berlakon tetapi bukanlah dalam jangka masa yang terdekat.

“Pernah sesekali saya terfikir untuk berahat panjang dan berhenti berlakon buat seketika tetapi, apabila memikirkan keluarga dan ekonomi saya, hasrat tersebut saya pendamkan buat masa ini.

“Saya akan berehat, tetapi bukan sekarang. Kalau boleh saya mahu menyenangkan keluarga saya terlebih dahulu. Saya juga perlu menyimpan kerana siapa tahu pada masa akan datang saya dah tak popular,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers