Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


Melihat kepada raut wajah yang dimiliki aktor Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman,37, tidak ada persamaan pada rupa yang membuatkan kita akan teringatkan kepada rupa allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tetapi itu tidak bererti pelakon yang berasal daripada Sarawak ini tidak mampu membawakan semula watak seniman agung itu dalam pementasan muzikal P. Ramlee The Musical.

Buktinya, pihak penerbit iaitu Enfiniti Vision Media Sdn Bhd yang diterajui  Datin Sri Tiara Jacquelina masih mengekalkan Tony sebagai tunggak utama dalam pementasan yang bakal memasuki siri yang ketiga pada Oktober depan.

Sudah semestinya beban utama akan dipikul Tony sebagai P. Ramlee namun dia yakin dengan keboleh yang dimiliki oleh produksi arahan Pat Ibrahim ini. Dia meletakkan tanggungjawab menghidupkan semula P. Ramlee dalam pementasan muzikal ini dengan hasil kebijaksanaan yang dimiliki penulis skrip dan pengarahan.

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


“Saya bersedia untuk menerima apa-apa kritikan dan pandangan yang diberikan oleh umum bila mereka menonton teater ini nanti. Ini adalah cabaran yang saya sahut sendiri kerana kepercayaan yang diberikan oleh penerbit, saya perlu buktikan mereka tidak salah memilih Tony Eusoff.

“Saya cuba untuk lahirkan P. Ramlee dari dalaman dan penjiwaan watak. Sudah tentunya intrepretasi saya dengan P. Ramlee yang sebelum ini (Sean Ghazi & Musly Ramli) berlainan kerana dulu keduanya lebih dikenali dengan penyanyi.

“Itu semua akan menjadi tanggungjawab Pat dan Adlin Aman Ramlie untuk mengolah jalan cerita dan saya yakin mereka tahu apa yang mereka mahu,”ujarnya yang turut membawakan watak yang sama dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang menampilkan Nabila Huda sebagai Puan Sri Saloma.

Di sidang media tersebut juga pihak penganjur mendedahkan gambar promo yang diinspirasikan daripada salah satu foto bintang tersohor itu pada zaman kegemilangannya. Dua foto istimewa itu dilihat berjaya meyakinkan bahawa Tony mampu menggalas watak tersebut.

Tony Eusoff Sebagai P. Ramlee, Cabaran Untuk Diri Sendiri


“Dari segi wajah memang tiada persamaan jelas diantara saya dan P. Ramlee tetapi saya tidak pernah fikirkan itu semua. Bagi saya jika wajah yang tidak sama ia lebih menyukarkan namun saya akan cuba menghayati watak seniman terkenal ini.

“Contohnya ketika penggambaran memang macam-macam yang perlu dilakukan bagi mendapatkan mood yang sama seperti foto asal P. Ramlee.

“Dengan gabungan idea dan penglibatan mereka yang berpengalaman ia dapat dijayakan,”tambah Tony lagi apabila memperkatakan mengenai dua gambar yang dihasilkan berjaya menyerupai foto sebenar P. Ramlee.

Menurut Wan Izhar selaku jurugambar yang bertanggungjawab mengendalikan sesi fotografi ini, dia mencuba yang terbaik dalam waktu yang terhad untuk mendapatkan apa yang dimahukan oleh produksi.  Kesemua dilakukan dalam masa satu malam sahaja untuk dua suntingan gambar seperti yang dapat dikongsikan disini.

P. Ramlee The Musical akan dipentaskan bermula dari 3 hingga 12 Oktober 2014 di Istana Budaya. Turut menjayakan pementasan kali ini adalah Nadia Aqilah sebagai Saloma, Tiara Jacquelina selaku penerbit juga turut tampil membawakan watak Noorizan manakala Lisa Surihani bakal menjadi isteri pertama P.Ramlee iaitu Junaidah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers