Syamsul Yusof Kembali Mengarah Filem Seram Dalam Munafik!


Syamsul Yusof Kembali Mengarah Filem Seram Dalam Munafik!

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2014: Lama tidak nampak kelibat Syamsul Yusof di majlis atau khalayak ramai. Di malam preview filem Abang Long Padil di mana Syamsul sendiri turut berlakon, hadir bersama isteri tercinta, Putri Sarah Liyana.

Dulu Syamsul merajuk kerana filem arahannya, KL Gangster 2 telah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehinggakan ada khabar mengatakan dia bertegang leher bersama bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam. Tetapi kini tidak lagi.

Kehadirannya pada malam itu nampak lebih ceria dan bahagia semenjak berkahwin. Puteri Sarah yang dinikahinya Mac 2014 lalu, telah memberi satu perubahan kepada Syamsul. "Alhamdulillah saya berasa tenang, gembira,bahagia dan sukar untuk saya jelaskan perasaan itu".

"Saya dalam proses menyiapkan skrip untuk filem terbaru saya berjudul Munafik. Ini filem seram kedua saya. Saya nak lari sedikit dari yang sebelum ini. Adik saya pun baru keluar cerita berkisarkan aksi jadi tak kan saya mahu keluar genre yang sama.

"Sebenarnya saya mengambil masa yang lama untuk buat skrip ini. Betul-betul serius sebulanlah saya buat skrip ini. Dalam perancangan nak mula pengambaraan sebelum puasa. Tetapi skrip jadi tertangguh sebab saya stuck di babak akhir filem ini. Lagi pun saya tidak mahu rush sangat nanti skrip teruk susah pula nanti," cerita Syamsul panjang lebar.

Adakah filem Munafik boleh mendapat kutipan seperti filem Khurafat iaitu RM8 juta? Sedikit sebanyak ia mencabar bagi Syamsul untuk melakukan yang terbaik.

"Saya tidak risau jika dibandingkan dengan Khurafat. Tapi sebenarnya mencabar kepada saya untuk persembahkan karya tersebut kepada penonton. Penonton sekarang tidak fikir filem Melayu atau luar negara, yang mereka mahukan sesebuah cerita itu bagus," jelas Syamsul.

Seperti yang diketahui, Munafik dan juga khurafat memang sinonim dengan ajaran yang salah dalam Islam. Tidak mahu filem Munafik menyentuh ke arah itu Syamsul memilih untuk menyelitkan konteks seram.

"Saya mahu lebih kepada perihal munafik itu sendiri dan seram. Saya tidak mahu terlalu keagamaan nanti lain jadinya, " kata Syamsul menamatkan perbualan.

iskandarX: Apa kena-mengena seram dengan munafik Syamsul? Hmmmm

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers